Punyalah gembira tawaran yang di kemukakan akhirnya telah diterima oleh
pelanggan. Bersusah payah melakukan secara bersungguh-sungguh akhirnya sesuatu yang
diharapkan menjelma juga. Terasa betapa hebatnya kita dalam melakukan jualan.
Beri penerangan dan presentasi terus mereka percaya dan yakin dengan keupayaan
kita melakukan jualan untuk menerimanya. Memang syok dan menggembirakan
sehingga tidak terkata dibuatnya.
Penjual yang baik antara sifatnya adalah kadangkala perlu juga mengetahui
akan keadaan pelanggan yang menerima tawaran kita. Apa yang mereka fikirkan
selepas menerima tawaran yang dikemukakan elok juga kita mengetahuinya juga. Elakkan
berfikiran mementingkan diri sendiri sahaja. Sekali skala perlu juga untuk
menyelami apa yang mereka fikirkan setidak-tidaknya dapat juga kita perbaiki
segala kelemahan yang masih ada pada kita dalam menjual. Kalau tidak pun
mungkin kita boleh merasa betapa prihatinnya diri kita kepada mereka. Mungkin
ini reaksi pelanggan selepas menerima tawaran yang dikemukakan iaitu
i.
Berbaloi ke menerima tawaran yang diberikan
ii.
Adakah mereka benar-benar memerlukannya
iii.
Berguna kah produk yang diterima ini
iv.
Betul kah produk yang ditawarkan ini dapat
membantu mereka
v.
Apa ahli keluarga atau pasangan mereka akan
fikirkan
vi.
Membazir atau menguntungkan mereka
vii.
Adakah kita hanya mengambil kesempatan atas
kelemahan diri mereka
viii. Kalau ditunggu
lagi atau dicari tempat lain boleh dapat lagi untung ke?
ix.
Masa yang diterima ini adakah bersesuaian
dengan penerimaan yang dilakukan
Kalau tak fikir pun tak mengapa bagi kita melakukan jualan. Sekurang-kurangnya
sikap prihatin kita perlu ada agar kita boleh menjadi seorang yang mengambil berat
keutamaan pelanggan dari mementingkan diri sendiri sahaja. Tugas kita hanya
menjual dan bukan kena fikirkan pada reaksi mereka. Bagi mudah untuk menjual
sekurang-kurangnya reaksi mereka juga perlu untuk kita ketahui semata-mat untuk
per kemaskan lagi jualan yang kita lakukan. Paling tidak dapat membantu jika
terdapat apa-apa bangkangan atau bantahan yang boleh terjadi dan berlaku tanpa
kita sedari. Bersedia kah kita memikirkannya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan