Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 16 Mac 2014

MASIH BERKERAS UNTUK MENERIMANYA




Jualan dilakukan tawaran dilancarkan namun penerimaan masih terlalu sukar untuk diberikan. Tak tahu di mana salah dan silapnya lagi. Semuanya telah dilakukan dengan merasakan penawaran sebaik yang mungkin. Masalahnya sampai bila perlu menunggu pengesahan untuk penerimaan tawaran yang dikemukakan. Semuanya seolah-olah ada bebanan batu pula di dalam mulut mereka bagi mengatakan ya persetujuan untuk diterima.

Inilah masalah yang ditanggung oleh mereka yang menjual. Amat membingungkan hati jadi cukup bercelaru. Pertemuan dan presentasi telah pun diberikan. Namun kata putus masih gagal untuk diperoleh. Adakah ini nasib malang atau masih ada lagi yang serba tidak mengena lagi? Semuanya perlu kepada jawapan untuk kita mengetahui. Memang sukar untuk mendapatkan persetujuan dari mereka.

Mungkin faktor-faktor begini menjadi antara punca-puncanya iaitu

i.             Bakal pembeli atau pelanggan masih mahu pertahankan yang mereka tetap tidak mahu memerlukannya lagi

ii.           Pertahankan ego mereka merasakan siapa kita untuk mempengaruhinya

iii.          Masih mencongak-congak sama ada wajar kah tindakan mereka untuk menerimanya

iv.          Teringat-ingat kepada wakil jualan dahulu seolah-olah terhutang budi dengan diri mereka

v.            Mudah merasa bersalah tentang kesetiaan pada produk lain yang telah diguna pakai

vi.          Masih merasakan tidak pentingnya produk kita 

Walau telah berbuih banyak mana sekalipun kita memberikan penerangan dan presentasi, kalau hati dah tertutup sememangnya tidak boleh buat apa sekalipun. Usaha perlu ada berdoa pada Allah kena lakukan agar Allah sentiasa per mudahkan lagi tindakan kita melakukan jualan. Terima atau tidak bukan kita penentunya. Selagi kita telah berikan yang terbaik segala penerangan telah difahami dan diketahui serahkan sahaja kepada Allah untuk membantu kita supaya bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui sentiasa mahu menerima tawaran yang kita kemukakan kepada mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan