Tidak dinafikan bahawa kita yang melakukan jualan perlukan kepada banyak
bercakap. Banyak bercakap di sini bukanlah bermakna banyak membebel dan
mengutarakan apa sahaja yang terlintas di dalam fikiran kita. Dimaksudkan
dengan banyak bercakap dalam melakukan jualan adalah apabila bertemu dan bersua
dengan seseorang untuk tujuan menjual sahaja. Kita lakukan satu presentasi dan
penerangan yang diperlukan untuk mereka agar kefahaman mereka lagi memudahkan
lagi bagi menerima tawaran yang di kemukakan.
Sememangnya sifat seorang wanita memang banyak bercakapnya jika dibandingkan
dengan lelaki. Banyak bercakap ini sememangnya di kaitkan dengan berceloteh,
membebel, bergosip, mengkritik, mengumpat mahupun mengeluh. Mana yang positif
pasti akan positif jadinya dan begitulah sebaliknya. Menurut kajian seseorang
wanita mempunyai hormon estrogen
berlebihan sebanyak 30,000 perkataan jika dibandingkan dengan seorang lelaki
yang mempunyai estrogen hanya sekitar 7,000 sahaja.
Bak kata pepatah Melayu kerana pulut santan binasa kerana mulut badan
merana. Perlu kah kita yang melakukan jualan menjadikan diri kita seperti mulut
murai? Pantang bertemu dengan siapa pun pasti mulut kita akan leka dengan
penceritaan walaupun merapu-rapu jadinya. Begitu juga dalam kita melakukan
jualan perlu kah bagi kita bercakap untuk mengadu domba dan mengeluh kesah yang
bukan-bukan hanya kerana untuk menarik simpati seseorang mudah mempercayai apa
juga tindakan kita. Adakah ini yang kita mahukan.
Walau bagaimanapun bercakap ini perlu sebagai satu nikmat yang
dianugerahkan Allah kepada kita. Dengan bercakap bermakna kita semakin mudah
untuk melakukan jualan. Bercakap juga akan dapat menarik minat seseorang untuk
lebih mengetahui dan memudahkan membuat keputusan sama ada untuk menerima
ataupun tidak. Antara keistimewaan bercakap ketika melakukan jualan adalah
untuk
i.
Satu terapi diri buat diri kita, meluahkan
apa yang patut perbetulkan semula perasaan dan emosi diri kita
ii.
Mengkhabarkan dan memaklumkan akan
perkara-perkara yang perlu sahaja
iii.
Mengutarakan sesuatu secara berfakta dan
boleh diterima logik akal
iv.
Beri pandangan dan pendapat peribadi demi tujuan
penambahbaikan
v.
Menyerikan lagi suasana menghidupkan
keharmonian apabila berinteraksi
vi.
Memberi ruang mendapatkan kepercayaan dan keyakinan
kepada mereka
Melakukan jualan bukan semestinya seseorang itu pandai bercakap. Cukuplah
sekadar seseorang yang ingin menjual tahu akan pengetahuan produk dan minat
untuk melakukannya. Semakin hebat seseorang yang bercakap bukan bermakna
semakin hebat dia melakukan jualan. Cuma orang yang banyak bercakap mungkin
merupakan satu kelebihan yang kecil sahaja menarik perhatian mereka. Kepada
yang pendiam atau pemalu jangan ini dijadikan alasan untuk tidak boleh
melakukan jualan. Selagi ada minat ada kemahuan dan ada kecenderungan untuk
melakukannya tidak mustahil satu hari nanti pasti akan boleh menjadikan diri
kita sebagai seorang yang hebat dalam melakukan jualan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan