Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 19 Mac 2014

BILA PELANGGAN DAH SUKA




Membina perhubungan yang baik sehingga boleh menjadi sahabat karib yang akrab dan intim sememangnya diperlukan dalam melakukan jualan. Satu tindakan yang bijak kalau kita boleh berkawan dan bersahabat dengan setiap pelanggan yang berurusan dengan kita lebih akrab dan intim. Bila kepercayaan telah terbina secara peribadi pasti akan senang untuk berinteraksi walaupun hanya bersembang kosong. Kalaupun pelanggan tidak menerima tawaran yang dikemukakan sekurang-kurangnya pelanggan tersebut masih mampu sama ada untuk memberikan referral dan memberikan pandangan peribadinya apa yang tidak kena dengan produk yang kita tawarkan. Semuanya mesti bermula dengan keakraban dalam menjalinkan persahabatan mengikat silaturahim sesama pelanggan yang telah dibina.

Bila kesetiaan telah terpateri dan berpaut kuat maka lakukanlah apa juga jualan kepadanya. Sudah pasti peluang untuk menerima tawaran yang dikemukakan kepada mereka akan lebih  terbuka dengan senang lagi. Semuanya disebabkan keyakinan dan kepercayaan yang tinggi terhadap diri kita. Antara peluang-peluang yang boleh diperoleh apabila kesetiaan ini telah diperoleh adalah

i.             Segala apa yang dilakukan akan dipermudahkan dari segi pertemuan. Presentasi dan mudah untuk mendapat maklum balas dari mereka.

ii.           Hanya kerana telah mengenali diri kita maka urusan jualan mudah dilaksanakan tanpa perlu terlalu serius dan melalui formaliti.

iii.          Banyak yang mengambil kesempatan hanya kerana kesetiaan telah terbina kebanyakannya malas untuk mengambil tahu dan terus menerimanya begitu sahaja.

iv.          Kesetiaannya juga boleh bergantung kepada jenama produk yang ditawarkan. Terlalu yakin dan percaya pada jenama semakin mudah pula untuk dijual kepadanya.

v.            Kerana malu alah dengan kita, tawaran yang dikemukakan kepadanya akan diterima berdasarkan hanya kerana mahu mengambil hati kita.

vi.          Demi jalinan persahabatan apa juga yang kita sampaikan asalkan ada logik akal sudah pasti diterimanya mentah-mentah begitu sahaja.

vii.        Jualan berulang pasti lebih memudahkan lagi untuk diulangi lagi.

Eratkan lagi hubungan dengan pelanggan yang sedia ada. Akrabkan dan rapatkan lagi keintiman diri kita dengan mereka agar pelanggan yang sedia ada ini tidak terasa kita hanya ingin mendapatkan keuntungan dan kesempatan sahaja dari diri mereka. Pergunakan kesempatan yang ada dengan memberikan khidmat yang terbaik memuaskan hati mereka. Bersahabat kerana Allah dan bukannya demi kepentingan peribadi kita sahaja. Niat dengan hati yang ikhlas sudah pasti Allah akan per mudahkan segala urusan kita menjaga persahabatan dan keakraban kita dengan mereka sampai bila-bila.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan