Ketahui segera apa tindakan yang sepatutnya untuk mencapai kejayaan
menjadikan diri kita sendiri sentiasa hebat dalam melakukan jualan. Andai kata
kita gagal ketahui apa pula tindakan sepatutnya yang perlu tindakan kita yang
perlu lakukan semula. Sudah pasti apa juga tindakan kita dalam melakukan jualan
pasti tidak akan mahu dan kehendaki menjadi hambar begitu sahaja. Bila kita
hebat melakukan jualan bermakna kita telah menjadi seorang yang hebat dalam
membantu menyelesaikan masalah orang ramai dan berjaya peroleh pendapatan
semaksimum yang termampu.
Semuanya berdasarkan kepada kemampuan kita dalam melakukan jualan. Terdapat
4 tindakan hebat bagaimana tindakan hebat ini boleh menghasilkan keputusan yang
menarik buat diri kita. Tindakan yang dimaksudkan ini adalah
i.
Tindakan
Pertama
Beri fokus
dan tumpuan pada sasaran bakal pembeli atau pelanggan. Bila kita fokus apa juga
masalah, dugaan dan cabaran sudah pasti akan dapat kita tempuhi dengan senang
dan tabah untuk menghadapinya.
ii.
Tindakan
Kedua
Sentiasa
ada dalam simpanan kita satu senarai yang perlu ‘JANGAN LAKUKAN’ agar segala
kesalahan dan kesilapan sama ada pernah atau tidak pernah kita lakukan tidak
kita mudah untuk di lakukan semasa menjual. Semakin kita ingat semakin jauh
boleh kita hindari.
iii.
Tindakan
Ketiga
Apa juga
yang hendak dilakukan kena ada perancangan yang betul. Jangan ikut atau di tiru
orang lain tapi rancang mengikut keupayaan dan kemampuan diri kita. Setiap
perancangan yang dilakukan pastikan kita bertanggungjawab sepenuhnya. Tiada
kompromi atau alasan yang perlu diberikan oleh kita sendiri atas setiap
kegagalan tugasan jualan yang kita sendiri rancang dan rencanakan.
iv.
Tindakan
Keempat
Jangan tangguh
lagi! Bertindak segera dan lakukan mengikut perancangan yang telah dilakarkan.
Jangan lakukan ikut mood sendiri tapi lakukan berdasarkan apa yang telah kita
rencanakan terlebih dahulu.
Empat tindakan ini kalau kita berjaya melakukannya sudah pasti kita mampu
dan boleh untuk melakar dan mencapai kejayaan seperti mana yang diinginkan.
Bukan untuk mendabik dada tapi jadikan ia nya sebagai satu pencetus dan
pendorong semangat dalam melakukan jualan. Jangan mudah berputus asa dan kecewa
kerana ini akan sedikit sebanyak boleh membunuh kerjaya dan karier kita dalam
jualan kehancuran yang dicipta sendiri oleh kita. Lakukan segera kerana peluang
yang ada bukannya datang bergolek kepada kita begitu sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan