Setiap pelanggan yang ada pada kita perlu di jaga. Bukan setakat seronok
mereka hanya kerana menerima tawaran yang di kemukakan tetapi menjalinkan
perhubungan yang lebih erat dan akrab perlu dilakukan. Semuanya bagi memastikan
setiap seorang pelanggan yang telah berurusan dengan kita tidak pernah berubah
hati dan perasaan untuk mencari pesaing kita
pula. Alangkah ruginya jika ini berlaku dan terjadi apabila tiba-tiba sahaja
pelanggan yang telah berada di depan kita boleh hilang begitu sahaja. Buat penat
dan sia-sia sahaja apa yang telah kita lakukan selama ini.
Terma dalam English di kenali sebagai RAPPORT. Jalinan keakraban dan
keintiman perlu dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin. Jangan di abaikan
tetapi berikan kemesraan kepada mereka agar jualan sentiasa ada bagi tujuan melakukan
jualan berulang boleh berlaku ataupun referral dari mereka mudah pula
diperoleh. Semuanya bergantung sejauh mana keakraban kita terhadap dirinya. Bila
dah akrab pasti ini akan memudahkan lagi untuk kita melakukan jualan baik pada dirinya
mahupun pada kenalannya pula.
Bagi membina dan memastikan mencipta keakraban yang dimahukan jangan kita
lupa untuk lakukan perkara-perkara seperti berikut
i.
Beri salam dan bertanya khabar sentiasa
terutamanya ketika bertemu secara di rancang ataupun tidak. Jangan bila bertemu
kita buat tak tahu atau melayan kesibukan kita sahaja.
ii.
Ramah dalam berinteraksi bukan ramah bila
nak menjual sahaja dan bila pelanggan bersetuju menerima tawaran yang diajukan
selepas itu kita buat-buat tak kenal pula.
iii.
Bukankah senyuman itu satu sedekah? Amalkan
selalu dan sentiasa agar senyuman itu menjadi satu sedekah dan amal ibadat yang
konsisten buat kita kepada manusia yang lain.
iv.
Naluri kemanusiaan kena wujudkan. Tugasan
kita yang sering bersama mereka perlu tahu bagaimana untuk menarik minat mereka
supaya mudah untuk kita berinteraksi dan berkomunikasi dengannya. Tunjukkan
akhlak yang baik pasti semuanya akan turut serta sama sekali.
v.
Sentiasa hati terbuka menerima sesiapa sahaja
tidak kira darjat, keturunan, pangkat, jawatan dan taraf kehidupan. Layanlah
mereka seperti layanan kelas pertama yang membuatkan mereka berasa begitu selesa
dan segan dengan kehadiran diri kita.
vi.
Bersedia mendengar setiap masa apabila
perbualan bermula. Elakkan kepentingan diri sendiri tapi utamakan ukhuwah
sesama insan.
vii.
Bersedia menghidupkan suasana dengan
kata-kata yang boleh menghiburkan, mencuit hati dan perasaan mereka. Bukan
bermakna untuk menjadi seorang Raja Lawak Mega tapi cukuplah dirasakan pada mereka
cukup senang dengan kehadiran diri kita selama ini.
Keakraban bukan bermakna ‘Saya sukakan awak’ tapi keakraban adalah ‘Saya
mengambil berat terhadap awak’. Hendak seribu daya yang tak hendak itulah
seribu dalih. Pergunakan kepercayaan mereka terhadap kita untuk merapatkan lagi
hubungan kita kepadanya. Tak rugi satu sen pun asalkan kita berjaya melakukan
perkara yang baik terhadap mereka walaupun sekadar memberi salam kepada mereka.
Lakukan dengan keikhlasan dan berusaha sedaya upaya agar jalinan yang terjalin
jangan sama sekali dimusnahkan begitu sahaja oleh kerana sikap negatif kita
terhadap mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan