Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 29 Mac 2014

KENAPA PERLU TAKUT




Bertemulah dengan siapa sekalipun juga kalau dikatakan untuk menjual sudah pasti akan dilakukan. Biarlah terdapat betapa kuatnya rintangan, halangan dan cabaran yang terpaksa dihadapi. Inilah penjual yang tegar yang sanggup melakukan apa sahaja tanpa mengira siapa di hadapannya. Baik orang itu mempunyai nama yang besar, berjawatan tinggi, berstatus hebat atau seorang jutawan sekalipun tetap tidak menolak melakukan jualan kepada mereka. Yang penting ada hasil ada perolehan yang boleh dinikmati dari pertemuan dengan mereka yang dinyatakan ini.




Inilah semangat yang perlu ada dan wujud dalam diri setiap orang yang melakukan jualan. Walaupun begitu, tidak dinafikan secara majoritinya orang masih tidak mampu untuk melakukan pada golongan-golongan bakal pembeli atau pelanggan yang di nyatakan. Terasa yang amat sangat berat hati dan gerun bila diketahui akan bertemu dengan mereka seolah-olah mula mencari pelbagai alasan untuk tidak bertemu dan bersua dengan mereka. Semuanya ini terjadi mungkin disebabkan perkara-perkara berikut iaitu

i.             Mudah merasa rendah diri dan malu yang tidak bertempat 

ii.           Terlalu senang melakukan andaian dan tanggapan

iii.          Menyedari siapalah kita jika dibandingkan dengan orang yang hendak ditemui

iv.          Hilang rasa keyakinan diri

v.            Rasa tidak mampu untuk melakukannya

vi.          Takut dan risau tidak mampu untuk membalas apa juga bangkangan atau bantahan terjadi

Inilah kebiasaannya yang harus untuk kita hindarkan. Jangan dikira siapa pun yang kita temui asalkan kita berhemah dan bersopan kenapa perlu takut dan risau. Berikan yang terbaik bergantung kepada usaha yang bersungguh untuk melakukannya. Bila sudah ada peluang di hadapan mata pergunakan sebaik mungkin jangan dibiarkan rugi begitu sahaja. Peluang datang walaupun sekali jangan dilepaskan begitu sahaja. Mungkin ada hasil yang menarik yang tidak kita ketahui.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan