Amat bahaya apabila kita yang terlalu sibuk berinteraksi, bersembang dan
memberikan presentasi tiba-tiba terdapat sesuatu cerita atau berita yang kita
dengari dari orang lain tanpa adanya usul periksa dari kita sendiri kemudiannya
kita sampaikan pula kepada bakal pembeli atau pelanggan. Tanpa kita sedari
cerita atau berita tersebut adalah sesuatu maklumat yang langsung tiada
kebenarannya sama sekali. Hanya sebuah cerita atau berita yang direka-reka sahaja
tanpa ada kebenaran faktanya sama sekali. Apakah reaksi mereka yang mengetahui
berita atau cerita yang kita sampaikan tidak benar dan betul sama sekali?
Pasti akan memberikan satu kesan yang negatif dan tidak baik pada pandangan
mereka terhadap kita. Memberi satu impak yang terkesan di dalam hati dan sanubari
nanti. Ini yang akan menggugat karier dan tugasan kita dalam melakukan jualan.
Hanya kerana satu cerita atau berita yang kita sampaikan yang pastinya bukannya
satu yang benar dan betul atas kesilapan kita sendiri tidak mengkajinya
terlebih dahulu langsung penutupan jualan boleh gagal untuk kita peroleh.
Konon-kononnya hendak berikan sesuatu yang menyeronokkan dan yang terbaik kepada
bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui langsung berkecai harapan kita hanya
kerana cerita atau berita yang tidak betul kesahihannya.
Inilah kesilapan yang perlu di perbetulkan semula. Apabila menerima sesuatu
berita atau cerita selidikilah dahulu. Jangan main seronok sahaja nak sampaikan
pula kepada orang lain. Bersesuaian dengan Firman Allah bermaksud ‘Wahai
orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu
berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak
menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab
kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu
telah lakukan’ (Surah Hujurat Ayat 6).
Peringatan
dan pesan Allah dalam ayat ini tentu bukan berlaku atau terjadi tanpa sebab
atau peristiwa yang terjadi. Terdapat beberapa riwayat tentang sebab turun ayat
ini yang pada kesimpulannya turun karena peristiwa berita bohong yang harus
diteliti kebenarannya. Berlaku sewaktu dari seorang Al-Walid bin Uqbah bin Abi
Mu’ith tatkala ia diutus oleh Rasulullah untuk mengambil dana zakat dari Suku
Bani Al-Musththaliq yang dipimpin pada waktu itu oleh Al-Harits bin Dhirar
seperti dalam riwayat Imam Ahmad. Al-Walid malah menyampaikan laporan kepada
Rasulullah bahawa mereka enggan membayar zakat, bahkan terdapat niat untuk membunuh
baginda, padahal beliau langsung tidak pernah menjejak kaki ke perkampungan
Bani Musththaliq tersebut. Mendengar kata-katanya itu lalu Rasulullah murka
dengan berita tersebut dan mengutus Khalid untuk menyiasat dan memastikan pada kebenarannya,
sehingga turunlah ayat ini mengingatkan bahaya berita palsu yang cuba
disebarkan oleh orang fasiq yang hampir berakibat terjadinya permusuhan antara
sesama umat Islam di waktu itu. Peristiwa ini terjadi dan berlaku di zaman
Rasulullah yang masih di ketahui sangat kental dan kuat dengan nilai-nilai
kebaikan dan kejujuran. Lantas bagaimana dengan zaman sekarang yang semakin
sukar mencari sesuatu perkara yang jujur dan senantiasa beriktikad baik dalam
setiap berita dan informasi yang disampaikan?.
Inilah
konsep TABAYYUN iaitu satu prinsip dan akhlak bagi orang yang beriman perlu
merujuk kepada meneliti dan menyelidik sesuatu berita tanpa perlu tergesa-gesa
dalam membuat kesimpulan sebelum di pastikan kebenaran dan kesahihan berita
yang diterima. Perlu kepada tindakan berhati-hati dan berfikir dahulu untuk
mendapatkan sama ada betul atau pun tidak untuk menerima dan disebarkan pula
kepada orang lain. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan