Percayalah bahawa keyakinan adalah satu
pilihan dan bukannya satu yang dipaksa-paksa. Ramai yang melakukan jualan
merasakan yakin yang terpaksa dibuat-buat terutama apabila berhadapan dan bakal
pembeli atau pelanggan. Segala perasaan malu, segan, kecewa dan putus asa
terpaksa di selindung kan hanya kerana sudah terpaksa untuk dihadapi.
Sememangnya buntu dan masih menaruh harapan agar setiap jualan yang dilakukan
diterima siapa pun juga yang melakukannya walaupun tiada keyakinan untuk melakukannya.
Lihatlah penyanyi yang mengalunkan lagu di
atas pentas sudah pasti lebih bersemangat apabila melihatkan reaksi penonton
yang terpaku kesemuanya memandang beliau begitu yakin dalam menyanyi. Lihatlah
pula si pemidato semakin bersemangat dan bersahaja memberikan ceramahnya mendapat
tepukan gemuruh para audiens memberikan fokus kepadanya yakin apabila berucap.
Pemandu teksi melayan penumpang yang masuk ke kenderaannya begitu yakin
bersetuju membawa ke mana sahaja yang dimahukan oleh penumpangnya.
Kesemuanya bermula dari dalam diri kita. Tak
perlu nak paksa-paksa tetapi boleh di jelmakan hanya dari kesungguhan kita untuk
melakukannya. Tiada siapa pun yang boleh memberikan keyakinan yang ada dalam
diri kita begitu sahaja seolah-olah ada ‘remote control’ yang boleh mengawal kita.
Nak dapatkan permulaan keyakinan kena ada semangat untuk melakukannya. Bila bersemangat
pasti apa juga cabaran, rintangan dan dugaan akan menyebabkan kita semakin berani
untuk menempuhnya. Dengan bersemangat, kesungguhan kita melakukan jualan
amatlah tinggi. Apa yang penting mendapatkan penutupan jualan pasti akan
menambahkan lagi keyakinan untuk melakukan jualan. Lagi banyak kita mampu menghasilkan
penutupan jualan semakin menebal keyakinan kita untuk melakukannya lagi dan lagi.
Bila keyakinan semakin bertambah bagaimana ragam
atau tabiat bakal pembeli atau pelanggan boleh kita hadapi dengan tenang, sabar dan tabah. Kerana itu
kita disarankan melakukan jualan dengan kenalan rapat kita terlebih dahulu bagi
mendapatkan dan menambahkan lagi keyakinan dalam diri kita melakukan jualan. Dari
kritikan dan komen-komen mereka sudah pasti akan dapat memperbaiki lagi skil kemahiran
dan pengetahuan produk kita. Semua ini adalah satu persiapan untuk diri kita untuk
menemui bakal pembeli atau pelanggan di luar sana agar keyakinan semakin meninggi
sebelum bertemu dengan mereka.
Bukankah keyakinan itu satu pilihan dan bukannya
dipaksa-paksa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan