Apa yang dimaksudkan dengan berkat adalah segala sesuatu yang di peroleh
atau dimiliki oleh manusia yang
bersumber dari Allah. Berkat terdiri dari dua jenis iaitu berkat jasmaniah (yang
kelihatan) dan berkat rohaniah (yang tidak kelihatan). Semuanya di peroleh
andai kata apa yang kita lakukan di dunia ini adalah bersandarkan dan
berdasarkan kepada syariah Allah SWT. Apabila keberkatan yang di peroleh maka
sudah tentu pelbagai lagi perkara-perkara yang baik dan disukai akan kita
peroleh sama ada secara sedar ataupun tidak.
Hasil perolehan dan pendapatan dalam melakukan jualan jika terdapat
keberkatannya berjaya kita peroleh sudah tentu perkara-perkara seperti berikut
akan kita peroleh sama iaitu
i.
Dengan keberkatan ia dapat menghalang diri
kita dari terjerumus dari orang yang tidak baik kepada kita
ii.
Diri kita semakin sukar untuk di tipu
dengan mudahnya oleh orang lain
iii.
Seolah-olah merasakan macam ada pada diri
kita untuk melakukan perkara-perkara yang baik
iv.
Masa yang ada dirasakan memadai cukupnya
untuk kita terus berdoa dan bersujud kepada Allah SWT
v.
Segala perkara yang dilakukan terasa amat
mudah untuk dilaksanakan walaupun terdapat banyak halangan, cabaran dan dugaan
yang ditempuh
vi.
Apa yang ada semuanya kita syukur. Sedikit
atau banyak bukan persoalannya tapi hati semakin terasa tenang dengan apa saja
yang kita peroleh
Carilah keberkatan Allah. Kita hamba Allah sudah pasti menjadikan diri kita
seorang Mukmin yang sejati di hadapan Allah. Menjaga segala Rukun Islam dan Rukun
Iman dengan sepenuh hati tanpa perlu bersusah payah untuk melanggarnya pula.
Sememangnya melakukan jualan pasti akan menghadapi segala cabaran, dugaan
dan rintangan tetapi kalau semuanya kita
dekatkan diri pada Allah pasti kita yakin yang Allah sentiasa membantu dan
menolong kita per mudahkan juga apa sahaja yang kita lalui.
Firman Allah bermaksud ‘Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya).
Dan siang apabila ia lahir terang-benderang. Demi Yang menciptakan
(makhluk-makhluk Nya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina). Sesungguhnya
amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya. Jelasnya: adapun orang Yang
memberikan apa Yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa (mengerjakan
suruhan Allah dan meninggalkan Segala larangan Nya). Serta ia mengakui Dengan
yakin akan perkara Yang baik. Maka Sesungguhnya Kami akan memberikannya
kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga)’ (Surah Al-Lail Ayat 1-7).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan