Amat menyedihkan bila terdapat adanya jurujual yang di rompak atau disamun
begitu sahaja. Sudahlah penat menjual dan bertemu dengan pelanggan demi
mendapatkan keuntungan dan menampung pendapatan namun lain pula jadinya. Inilah
satu ujian Allah yang perlu kita tempuh sebagai satu cabaran apabila menceburi
bidang ini. Tak siapa yang akan tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.
Semuanya kena ambil tindakan yang berhati-hati. Kalau kena juga mungkin terlalu
banyak hikmah nya yang mungkin tidak sama sekali kita ketahui apa kisah di
sebalik kejadian yang berlaku.
Ambil tindakan yang berhati-hati dan berwaspada setiap masa. Jangan mudah
mendabik dada merasakan diri kita sentiasa tiada benda-benda buruk boleh
berlaku dan terjadi. Ambil iktibar dan pengajaran agar apa yang berlaku dan
terjadi ini tidak sama sekali boleh berlaku terhadap kita. Ketahuilah, Kita
merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang Nya.
Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya. Yang pastinya, janganlah
bersedih bila apa yang kita rancang itu tidak menjadi kenyataan. Aturan Allah
itu jauh lebih baik daripada apa yang kita rancang. Kita cuma hamba Nya yang
kerdil. Janganlah sesekali kita berputus asa dengan apa yang berlaku. Teruslah
teguh berdiri sentiasa mengharapkan rahmat, bantuan dan pertolongan daripada Nya
Firman Allah bermaksud "...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya
orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir." ( Surah Yusuf Ayat 87). Setiap perkara
yang terjadi, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Jangan sama sekali diragui atau
mengeluh kesah. Walaupun perkara pahit menimpa, walaupun menyakitkan hati dan kecewa,
walaupun perkara sedih datang menimpa dengan segala perkara buruk berlaku.
Percayalah, akan ada manis di akhirnya.
Kadangkala, Allah beri kita hujan lebat yang disertai dengan petir dan
kilat serta guruh. Tetapi, selepas itu, Allah beri kita pelangi yang sangat
indah. Hebatnya ketentuan dan indahnya aturan Allah. Redha dan terimalah setiap
ketentuan Ilahi itu dengan hati yang terbuka dan yakinlah susunan Allah
sentiasa yang terbaik buat kita semua. Di dalam setiap perancangan
itu,sertakanlah dengan doa pada Allah. Redha lah apa yang berlaku andai ia
tidak seperti yang dirancang. Terimalah setiap ketentuan Ilahi.
Yakinlah,
susunan Allah sentiasa yang terbaik buat hamba-hamba Nya. Allah tidak akan
mengatur sesuatu yang sia-sia, semuanya bersulam hikmah yang sangat halus dan
sangat hebat. Firman Allah " ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh
jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi mu, Allah
mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah Ayat 216). Hanya Allah yang mengetahui akan segala-galanya.
Berhati-hatilah dan ambil tindakan berjaga-jaga dengan bertawakal dan menyerahkan
segala yang berlaku hanya kepada Allah sahaja.
Petikan berita dari akhbar Sinar Harian bertarikh 11hb Februari 2014 di laman sesawang http://www.sinarharian.com.my/semasa/jurujual-rugi-lebih-rm10-000-akibat-disamun-1.249847
Tiada ulasan:
Catat Ulasan