Keupayaan melakukan jualan adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Apa yang
dimaksudkan dengan bangga diri di sini bukanlah untuk membawa diri kepada
menjadi seorang yang sombong diri, berlagak, lupa daratan atau tinggi diri. Apa
yang dimaksudkan dengan boleh dibanggakan adalah bagaimana keupayaan diri kita
boleh melakukan dan melepasi segala kesukaran, kepayahan dan cabaran yang ditempuh
untuk mencapai penutupan jualan. Lagi banyak yang di peroleh bermakna lagi
hebat kita melakukan jualan.
Ambil tindakan sewajarnya. Jangan main suka-suka untuk melakukannya.
Bertindak mengikut apa yang dirancang dan dimahukan. Perancangan yang jitu dan
bernas sudah tentu akan menghasilkan satu keputusan yang hebat. Bagi memastikan
segala perancangan dan tindakan yang betul elok sangatlah kalau dapat
dipastikan perkara-perkara seperti berikut ada dalam diri kita iaitu
i.
Bertindaklah dengan cara dan kaedah yang
betul
ii.
Majukan soalan-soalan yang baik dan bermutu
tanpa perlu menyakitkan hati seseorang
iii.
Nyatakan secara berhemah dan bersopan jenis
jualan yang dilakukan
iv.
Kejar segala impian yang ditetapkan secara
agresif
v.
Bertekad untuk melakukan segala-galanya
vi.
Kena ada proaktif terutama menghidu setiap
peluang yang ada
vii.
Jangan disekat tapi benarkan diri untuk
berjaya
viii. Lakukan
berfikiran positif setiap masa
ix.
Lakukan jualan secara beretika
x.
Setiap prestasi yang dilakukan sentiasa
berkembang dan bertambah baik dari hari ke hari
xi.
Amalkan setiap strategi yang berjaya dan
perbaiki strategi tersebut menjadi yang terbaik
xii.
Jangan malu untuk minta bantuan dan
pertolongan dari mereka yang pakar
xiii. Berkawan
carilah yang boleh membina karier kita dalam melakukan jualan
xiv. Lakukan jualan
mengikut proses jualan yang ditetapkan
xv.
Menerima
apa juga yang berlaku dengan hati yang terbuka dan tenang
xvi. Sentiasa
menyerahkan diri kepada Allah. Bertawaduk hanya pada Allah sahaja
xvii. Setiap masalah
adalah satu cabaran
xviii. Melakukan amal
kebajikan dengan rajin untuk bersedekah dan menolong orang lain
xix. Jangan ambil
kesempatan atas kelemahan orang lain
Bertindaklah mengikut syariah. Jangan terlalu asyik mengejar kesenangan dan
kemewahan dunia kita abaikan sama sekali hak orang lain yang patut kita
berikan. Ingat Allah sudah pasti tindakan kita akan lebih terarah melakukan
perkara-perkara yang baik dan dibenarkan oleh Agama. Bukan senang untuk menjadi
seorang insan yang baik dan terpuji tapi segalanya tidak mustahil untuk
dilakukan. Semuanya terserah kepada diri kita sama ada untuk melakukannya
ataupun tidak.
Firman Allah bermaksud ‘Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia
mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa
kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan
kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah.
Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat
sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu
daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang
Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah
dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu,
tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir’ (Surah Al-Baqarah Ayat 286)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan