Elakkan rasa boring dan membosankan. Tiada apa yang perlu dirisaukan.
Selagi keseronokan melakukan jualan tetap wujud selagi itu kita pasti boleh
melakukannya. Jangan mudah risau atau gubra tak tentu hala. Sentiasa tanamkan
keseronokan dan enjoy dengan apa yang kita lakukan. Bila ini dapat kita
wujudkan sudah pasti hasil yang datang akan berganda-ganda hadir tanpa kita
sedari.
Bagi mewujudkan perasaan seronok ini sentiasa ada dalam diri kita ini
adalah dengan cara
i.
Tanamkan minat
Nak buat
apa sekalipun kena ada minat. Tanpa adanya minat pasti apa yang dilakukan tidak
ke mana juga hasilnya. Nak ceburi jualan kena ada minat yang mendalam dan
bersungguh. Bukan main-main atau suka-suka sahaja apatah lagi mengikut
kawan-kawan. Fikirlah baik-baik agar untuk mencapai kejayaan kena ada
kesungguhan dan kegigihan. Tidak ada wujudnya nasib baik atau rezeki datang
bergolek melainkan kena lakukan dengan usaha yang ada minat untuk melakukannya.
Ada minat pasti kita akan merasa seronok untuk melakukannya.
ii.
Fikirkan ganjaran
Berapa
imbuhan dan keuntungan yang bakal diperoleh kalau kita dapat melakukannya. Kira
sebaik-baiknya agar kita boleh menjangka dan menduga berapa banyak yang bakal
kita peroleh. Bila kita ada sasaran peribadi sudah tentu kita akan cuba sedaya
upaya untuk mencapainya. Ada ganjarannya pasti semangat kita untuk melakukannya
akan meruap-raup semakin seronok untuk mencapai apa yang diinginkan.
iii.
Cabaran bukan halangan
Seronok
melakukannya walaupun terdapat halangan,cabaran dan rintangan yang datang dan
timbul. Setiap masalah yang timbul pasti merasakan sebagai satu cabaran yang
perlu ditempuh dengan sebaik yang mungkin. Bila dah seronok melakukan jualan
pasti kita boleh melakukannya.
iv.
Perbetulkan niat
Nak
dapatkan keseronokan kena perbetulkan niat dalam melakukan jualan. Hulurkan
bantuan dan pertolongan kepada orang yang memerlukannya menerusi produk yang
ditawarkan. Selesaikan permasalahan mereka agar mereka tahu hanya produk kita
sahaja yang mampu memberikan penyelesaiannya. Niat betul pasti tindakannya
betul juga. Selagi niat tidak menyeleweng selagi itulah tindakan kita sentiasa
berada di landasan yang betul dan benar. Yakinilah dengan apa yang kita
lakukan.
v.
Orang lain boleh buat memburu kejayaan
Alahai
kalau orang lain boleh melakukannya kenapa tidak pada kita. Belajar dari orang
yang berjaya dan berkawan dengan sekumpulan orang yang telah berjaya
melakukannya. Jangan salah pilih kawan. Selagi kita mahu untuk belajar selagi
itulah kita akan didorongkan untuk melakukannya dengan sebaik yang mungkin.
Tidak salah untuk meniru mencapai kejayaan asalkan kita sanggup membuang ego
dan rasa tinggi diri kita kepada mereka.
vi.
Berikan yang terbaik
Buat apa
sekalipun lakukan yang terbaik. Kerana dengan melakukan yang terbaik sudah
pasti hasilnya juga akan menjadi yang terbaik. Jangan mudah mendabik dada
merasakan apa yang telah kita lakukan adalah yang terbaik tetapi hasil tidak ke
mana pun. Bukankah itu dinamakan membuang masa sahaja. Ini kah keseronokan kita
melakukan jualan? Orang semua menuju ke hadapan tapi kita sebenarnya semakin
menuju ke belakang pula. Berikan yang terbaik bukanlah satu usaha yang sia-sia
tapi adalah satu usaha yang perlu kita lakukan secara konsisten dan berterusan.
Cipta sebanyak yang boleh menjana keseronokan dalam melakukan jualan.
Melakukan jualan ini memang banyak cabarannya. Kena sabar, tabah dan tenang
agar kita tahu apa juga cabarannya boleh kita atasi dengan sebaik yang mungkin.
Per mudahkanlah dan sangat disukarkan agar keseronokan yang kita cari dan
mahukan sentiasa ada dan wujud sampai bila-bila pun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan