Mengikut kamu dewan seronok adalah perasaan yang menyenangkan (menyukakan)
atau menyedapkan hati. Apabila dalam keadaan yang menyeronokkan sudah pasti apa
juga tugasan dan tindakan yang dilakukan akan mendapat hasil yang terbaik.
Tidak dinafikan atau bukan omongan kosong. Semuanya bergantung pada tujuan dan
niat kita untuk melakukannya. Kalau baik niat kita sudah pasti hasilnya akan
turut sama baiknya begitulah sebaliknya kalau niat untuk melakukan sesuatu itu
tidak betul. Bila niat telah betul sudah pasti tindakan kita akan menjadi lebih
seronok untuk melakukannya.
Banyak kebaikan kalau dapat kita amalkan keseronokan dalam melakukan
tugasan. Sedar atau tidak walaupun berdepan dengan pelbagai masalah, rintangan
dan cabaran masih merasakan betapa gembira dan puasnya dalam melakukan tugasan
jualan. Inilah kesannya jika keseronokan dalam melakukan jualan dapat
dilakukan. Antara faedah-faedah yang boleh diperoleh hanya dengan keseronokan
melakukan jualan adalah
i.
Hati lebih terbuka
Perasaan
akan menjadi lebih tenang apabila melakukan jualan. Rasa seronok dalam
melakukannya telah melupakan apa juga masalah dan rintangan yang dihadapi.
Lebih fokus dan mudah untuk melakukannya. Dengan hati yang terbuka akan mudah
menerima apa juga yang mendatang. Dengan hati yang terbuka keseronokan akan
lebih mudah dicipta agar apa juga yang dilakukan merasa gembira untuk
melakukannya. Setiap apa juga dugaan, rintangan dan masalah yang timbul
semuanya dianggap sebagai satu cabaran yang tidak membebankan.
ii.
Merasa mudah dan senang
Terasa amat
mudah dan senang untuk melakukan jualan. Seolah-olah orang melihat kita yang
melakukan jualan sebagai satu perkara yang langsung tiada mempunyai bebanan
tugasan. Semuanya dilakukan dalam keadaan yang menyeronokkan. Langsung tiada
masalah yang dihadapi. Puncanya adalah kerana rasa seronok melakukannya. Lebih
fokus lebih terarah untuk melakukannya.
iii.
Gila mencari ilmu perbaiki diri
Dah
namanya seronok melakukannya sudah pasti dalam diri kita akan mencari jalan dan
kaedah bagaimana untuk per tingkatkan lagi usaha kita melakukan jualan. Kita
akan menjadi terlalu gila dan begitu bernafsu mencari ilmu tak sudah-sudah.
Sentiasa merasakan diri tak pernah cukup dengan kebolehan yang ada. Sanggup
berkorban apa sahaja asalkan ilmu yang baik boleh diperoleh. Dirasakan amat
penting asalkan diri ini boleh diperbaiki dan di per kemaskan.
iv.
Semangat untuk melakukan
Bersikap
waja dan bersahaja dalam melakukan jualan. Biarlah apa yang orang lain mahu
perkatakan pasti tidak dipedulikan. Yang penting sentiasa dahaga dan mahukan
untuk melakukannya asalkan kejayaan dapat diraih. Bila dah wujud semangat dalam
diri kita tentu rasa seronok boleh diwujudkan. Bila dah seronok melakukannya
sudah pasti dengan siapa juga kita berhadapan akan kita berikan yang terbaik. Minat
yang mendalam sudah pasti rasa seronok akan berkekalan. Kerana itu rasa seronok
perlu ada apabila kita melakukan jualan.
v.
Kurangnya merungut
Dah seronok
melakukan jualan sudah pasti tiada masalah yang boleh timbul. Bila tiada
masalah sudah tentu tidak akan wujud sebarang alasan dan ulasan yang boleh
diberikan. Bila tiada alasan dan ulasan ini bermakna kita tiada rungutan dalam
melakukan jualan. Pasti semakin bersemangat dalam melakukannya dalam memastikan
keputusan akhir boleh diperoleh. Semakin kita bersungut selagi itulah kita
tidak ke mana.
Berikan yang terbaik akan apa yang kita lakukan. Semuanya bermula dalam
diri kita sendiri. Rasa seronok boleh dicipta asalkan kita benar-benar minat
untuk melakukannya. Jangan difikirkan perkara yang lain asalkan kita mahu
melakukannya. Teruskan sahaja perjuangan kita melakukan jualan asalkan kita
seronok melakukannya kenapa perlu gusar dan takut. Ikhlaskan hati dan perasaan
agar apa juga kita lakukan bakal pembeli atau pelanggan sudah pasti akan
menerima apa juga kita perkatakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan