Bakal pembeli atau pelanggan pasti amat gembira andai kata si penjual yang
hadir di depan mereka adalah seorang makhluk Allah yang benar-benar telus dan
ikhlas dalam melakukan jualan. Tiada siapa pun di dunia ini sanggup untuk di
tipu atau di kelentong begitu sahaja. Dan tiada siapa pun juga sanggup
perabiskan masa emas mereka hanya mendengar presentasi dari kita membuang masa
begitu sahaja. Semuanya bergantung kepada bagaimana kita melakukan jualan dan dapat
mempengaruhi mereka sebaik yang termampu.
Menjual dengan akhlak yang terpuji dan di ingini amat-amat diperlukan.
Menjual dengan akhlak yang terpuji sudah pasti akan memberikan impak yang cukup
besar dan mudah pula berkomunikasi dengan mereka yang berada di hadapan kita.
Bukan untuk mendabik dada tapi sentiasa merendah diri itu yang menjadi
keutamaan. Terdapat banyak sebabnya jika seseorang yang menjual dengan
akhlaknya pasti jualannya cukup mudah digemari oleh mereka.
Antara akhlak-akhlak yang perlu ditonjolkan kepada mereka sebagai seorang penjual
idaman adalah
i.
Jujur
ii.
Ikhlas
iii.
Berhemah
iv.
Tepati masa
v.
Sikap ingin tahu dan ambil berat
vi.
Proaktif
vii.
Fleksibel
viii. Bertimbang rasa
ix.
Pemurah
x.
Lakukan dengan penuh minat
xi.
Komited dengan apa yang dilakukan
xii.
Menghormati
xiii. Kreatif
xiv. Disenangi
xv.
Positif
xvi. Ramah
xvii. Tidak mengambil
kesempatan
Mudah sangat akan mendapat kepercayaan dan keyakinan mereka. Bila ini telah
diperoleh sudah tentu semakin mudah melakukan jualan. Kesemuanya bergantung
kepada keperibadian diri kita. Kadang-kadang mereka yang berada di hadapan kita
bukannya hendak sangat melihat produk yang ditawarkan tetapi sebenarnya mereka
membeli hanyalah kerana terpesona dengan akhlak yang telah kita tunjukkan
kepada mereka selama kita berinteraksi dengan mereka. Tiada apa pun yang rugi
atau tercalar maruah kita andai kata apa yang kita lakukan adalah dengan
memberikan sesuatu yang terbaik dan menyenangkan hati mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan