Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 10 Februari 2014

HALANGAN YANG MEMATIKAN




Tiada siapa pun yang mahu ada halangan. Semuanya berharap agar segala-galanya berlaku dengan  berjalan lancar. Seolah-olah seperti sebuah keretapi yang meluncur elok dan baik pada sebuah landasan tanpa adanya sebarang sekatan dan halangan untuk di tempuh. Kita sendiri yang tetapkan berapa kelajuan keretapi tersebut untuk bergerak dan di mana sepatutnya untuk berhenti. Alangkah indahnya dalam melakukan jualan segala apa yang dilakukan berlaku dengan lancar dan sempurna sama sekali.

Namun, bukan semua yang indah-indah boleh berlaku begitu sahaja. Setiap yang berlaku sudah pasti ada halangan dan cabaran yang perlu ditempuh. Dari segi luarannya sememangnya benar sudah pasti akan terdapat pelbagai masalah yang perlu ditempuh dengan penuh kesabaran dan tabah untuk menghadapinya. Bagaimana pula dalaman dari diri kita sendiri? Semuanya perlu juga untuk kita atasi dengan sebaik yang mungkin. Kalau kita gagal untuk mengawalnya sudah pasti sampai bila-bila pun kita akan gagal untuk melaksanakan jualan.

Terdapat lima faktor utama dari diri kita sendiri yang akan memastikan segala tindak tanduk kita mungkin tersasar penyebab utama halangan pada diri kita sendiri. Kalau dalaman diri kita sendiri pun agak sukar untuk merubahnya agak-agaknya sampai bila perlu dan harus untuk mencapai kejayaan? Semuanya bergantung pada dalaman diri kita sendiri. Berwaspadalah dan beringatlah agar sikap-sikap seperti berikut tidak  sama sekali dijadikan satu halangan dan cabaran yang perlu berlaku dalam diri kita iaitu

i.             Tidak mahu untuk berubah
Berasa amat payah untuk menerima sesuatu perubahan. Semuanya cukup selesa dengan Zon Selesa yang telah bersarang terlalu lama dalam diri kita sendiri. Setiap risiko langsung tidak mahu untuk dilalui. Mudah merasa sudah memadai dengan apa yang ada. Tidak mahu menanggung sebarang kerugian asalkan keuntungan dan kesenangan hidup telah dinikmati walaupun tidak seberapa.

ii.           Mudah berdengki dan mencemburui orang lain
Di bawa ke jalan yang lebih positif tidak mengapa. Dijadikan sebagai satu pendorong dan perangsang dengan keazaman yang tinggi melakar kejayaan seperti orang lain yang telah berjaya terutamanya yang berada di hadapan mata. Tapi malangnya menjadi lain pula apabila kita sanggup melihat orang yang berjaya itu menjadi musnah dan jatuh tidak bangun-bangun lagi. Punyalah berdengki sehingga pelbagai maklumat yang negatif kita maklumkan kepada orang lain. Paling parah jika kita sanggup melakukan ilmu hitam atau sihir ke atas orang tersebut. Semuanya hanya kerana kita terlalu berdengki dan meluat yang amat sangat hanya kerana kejayaan beliau sahaja sehingga kita sama sekali tidak takut dengan kehebatan Allah. Adakah ini yang kita carikan selama ini.

iii.          Pelbagai alasan diberikan
Sanggup menjadi seorang yang menipu dan penipu bukan sahaja pada diri sendiri tetapi juga pada orang lain. Hanya kerana nak lebih dan banyak relak kita sanggup berikan pelbagai alasan dan ulasan asalkan orang lain melihat kita seorang yang hebat dalam melakukan jualan. Tidak berjaya habis semua kita per salahkan menuding jadi seolah-olah kita sahaja yang betul dan rajin melaksanakan tugasan jualan yang di amanahkan. Padahal kejayaan yang diingini langsung tidak ke mana pun.

iv.          Hidup untuk mencari keseronokan dan kepuasan diri
Tiada matlamat dalam kehidupan. Tujuan utama hanya untuk mencari keseronokan di dunia sahaja. Mementingkan syurga dunia dari syurga yang kekal abadi. Semuanya ambil mudah asalkan boleh sahaja menikmati pendapatan yang tinggi dan mewah dalam kehidupan. Memiliki apa sahaja yang terlintas dalam hati. Kegembiraan dan keseronokan begini yang dicari-cari mengatasi kesukaran dan kesusahan dalam melakukan tugasan jualan.

v.            Mudah lemah semangat dan putus asa
Tak sanggup menghadapi masalah dan ujian yang mendatang. Semuanya mahukan berjalan lancar sahaja. Langsung dibiarkan masalah yang timbul berlalu begitu sahaja tanpa perlu untuk di atasi dengan sebaik yang termampu. Bila ada masalah yang mendatang dirasakan segala ujian yang menjelma terasa berat yang amat sangat sehingga tidak tertanggung segala masalah untuk menanggungnya. Seolah-olah batu yang menghimpit dirinya sentiasa mengepit sehingga bernafas pun agak sukar sama sekali.

Hadapilah dengan sebaik mungkin dengan hati yang terbuka. Selagi kita tidak mampu untuk selesaikan permasalahan dalam diri kita selagi itulah kejayaan yang dimahukan tidak akan menjelma hingga pada akhirnya. Jangan mudah melatah tapi berikan fokus yang sewajarnya agar kita tahu apa tindakan terbaik dapat kita berikan dan lakukan. Sentiasa berfikiran positif dan berbaik sangka. Sekali kita gagal bukan bermakna sampai kita mati akan menemui kegagalan sama. Setiap masalah yang timbul sudah pasti boleh kita atasinya asalkan kita sentiasa bersabar dan tabah untuk menghadapinya sama sekali.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan