Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 17 Februari 2014

JANGAN SILAP MEMILIH KAWAN




Berkawan biar seribu tapi berkasih biarlah satu. Umpama orang bercinta begitu jugalah pada kita yang melakukan jualan perlu kepada mengetahui adakah dan apakah sahabat yang sering kita dampingi dan harapkan benar-benar mampu dan boleh membantu kita. Bukan selamanya kita tidak mempunyai masalah dan kesukaran dalam menempuh sesuatu. Tapi bagaikan roda yang berputar dalam kehidupan ini begitulah kita juga pasti ada masa turun dan naiknya. Pasti ada masa yang menggembirakan dan pasti juga ada yang mengecewakan. Semuanya perlu untuk kita tempuhi.

Masa sukar adalah pada masa kita mempunyai masalah yang kita rasakan cukup sukar untuk kita selesaikan. Kita pasti memerlukan seseorang untuk membantu dan menolong diri kita sekurang-kurangnya buah fikiran mereka untuk selesaikan masalah yang kita tanggung dan tempuh ada alternatif untuk diselesaikan. Adanya mereka kalau tidak dapat selesaikan masalah sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya boleh meredakan apa yang kita tanggung selama ini. Inilah sahabat yang sejati sanggup berkorban walaupun sedikit masa emasnya membantu dan menolong kita walaupun sebenarnya beliau hanya sudi untuk mendengarnya sahaja. 

Ketahui jenis-jenis sahabat sama ada boleh atau tidak untuk membantu kita. Jangan mudah percaya atau berikan kepercayaan 100% terlebih dahulu. Berdamping dan berkawan akrab terlebih dahulu agar kita lebih mudah ketahui sahabat kita jenis yang bagaimana pada akhirnya boleh mengambil berat terhadap diri kita. Jenis-jenis sahabat yang perlu untuk kita ketahui adalah iaitu

i.             Sering dan sanggup untuk membantu di masa kesukaran

ii.           Meninggalkan kita di masa kesukaran

iii.          Meletakkan kita di masa kesukaran

iv.          Pandai bercakap tapi melihat sahaja di masa kesukaran 

Kawan untuk bergembira sememangnya ramai tapi bila dalam kesukaran berapa ramai yang boleh bersama dengan kita? Ketahui jenis kawan yang bagaimana untuk bersahabat baik dan boleh dipercayai. Tepat pilihan kita akan senang dan mudahlah diri kita walaupun dalam kesukaran. Namun kalau salah percaturan kita memilih sahabat pasti akan punah dan musnah masa depan kita mengikut apa yang mereka mahukan. Lakukanlah yang terbaik lakukan pilihan yang sewajarnya. Berkawan kerana Allah kerana Allah sahaja yang lebih mengetahui  Nya dari kita. Biar selamat di dunia apa tah lagi di akhirat pula.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan