Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 1 Februari 2014

AWASI PERUNDINGAN YANG DI LAKUKAN




Proses perundingan adalah satu proses hidup mati sama ada kita mampu untuk menawan dan menarik keputusan untuk menerima serta berpihak kepada kita ataupun tidak. Kemampuan menawan bakal pembeli atau pelanggan mengatakan  ya untuk bersetuju menerima tawaran yang dikemukakan kepada mereka amat-amat diharapkan. Apa jadi sekalipun kita akan tetap mahukan kejayaan setelah memikirkan betapa penat dan peritnya kita bertemu dengan mereka memberikan presentasi yang terbaik kepada mereka. Begitulah pentingnya kenapa penutupan jualan amat utama buat kita kenapa persetujuan mereka amat diperlukan sama sekali dalam melakukan jualan.

Alangkah baiknya dalam setiap perundingan yang berlaku terdapat beberapa tindakan yang perlu untuk kita elakkan sama sekali. Kena awasi dan berwaspada sentiasa kerana hanya kerana terdapat kesilapan yang sedikit sahaja sudah pasti tanda persetujuan yang kita harapkan pasti terkubur dengan mudah begitu sahaja. Antara tindakan-tindakan yang perlu kita jaga dan awasi sentiasa adalah

i.             Terlalu banyak kita bercakap
Ini bukan masa presentasi. Masa untuk presentasi telah pun tamat. Ini masanya untuk kita merundingkan sesuatu tawaran yang kita kemukakan bersetuju ataupun tidak mereka menerimanya. Elakkan bercakap banyak tapi beri peluang secukupnya buat mereka kemukakan pendapatnya apa lagi masalah yang perlu diselesaikan lagi sebelum boleh mereka membuat keputusan.

ii.           Tak tahu masa yang bersesuaian untuk di tamatkan
Ketahui bila masa yang bersesuaian untuk dapatkan persetujuan sama ada untuk menerima tawaran yang dikemukakan ataupun tidak. Semuanya bergantung pada pengalaman dan situasi yang ada. Jangan terlalu memaksa tapi pujuklah secara profesional. Tak perlu merayu-rayu atau berunding sehingga menguap pula jadinya.

iii.          Hilang sabar
Melayan kerenah orang bukannya senang apatah lagi untuk mendapatkan pengesahan persetujuan mereka menerima tawaran yang dikemukakan. Jangan mudah naik angin atau mudah meninggi suara. Bersabarlah agar apa juga yang berlaku kita terima dengan sebaik yang mungkin. Bila kita bersabar dengan bersungguh-sungguh sudah pasti Allah akan berikan lebih banyak kebaikan kepada kita tanpa kita sedari dan ketahui.

iv.          Terlalu banyak yang nak ditawarkan
Andai kata terlalu banyak produk yang nak ditawarkan. Tumpukan dahulu kepada satu produk terlebih dahulu. Ketahui apa produk apa yang paling bersesuaian dengan yang mereka cari sebenarnya. Jangan terlalu ghairah pelbagai produk yang nak kita tawarkan. Beri peluang kepada mereka untuk menerimanya satu per satu walaupun mungkin kita terpaksa mengambil masa yang lama sedikit untuk mendapatkannya.

v.            Masih tidak memahami apa yang dirundingkan sebenarnya
Jangan jadi seperti budak tadika yang baru nak belajar ABC. Di masa inilah kanak-kanak pasti akan merasa celaru apa benda yang dipelajarinya dalam kelas. Begitulah juga dalam jualan, jangan sampai masa perundingan sedang berjalan rupanya-rupanya yang faham itu adalah kita yang menjualnya bukannya mereka. Ini yang patut dielakkan sama sekali agar apa juga yang berlaku biarlah ada kefahamannya antara satu sama yang lain.

Berhemah dan bersopan sentiasa. Beri peluang kepada mereka kemukakan pendapat mereka agar dapat kita ketahui dengan lebih mendalam kehendaknya. Jangan pentingkan diri kita semasa proses perundingan dijalankan tapi hidupkan suasana menang-menang dapat diwujudkan. Cipta sebaik mungkin perkara-perkara yang memberikan keuntungan dan kelebihan produk yang ada untuk mereka agar sikap ketidaksabaran benar-benar dapat mempengaruhi keputusan mereka menerima pada akhirnya. Bersabar sentiasa dalam melayani kerenah mereka kerana semua yang berlaku itu adalah satu ujian dari Allah jua. Bertindaklah dengan sebaik yang mungkin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan