Sesuatu yang merisaukan apabila melakukan jualan apabila kita dengan mudah
merasa bosan dengan apa yang telah dan sedang kita lakukan dan lalui. Selama
ini telah kita berikan yang terbaik namun secara tiba-tiba mode kita hilang
begitu sahaja tanpa adanya semangat lagi untuk bertindak memberikan yang
terbaik. Segala kecenderungan dan minat yang ada sudah pasti lesu begitu sahaja
hanya disebabkan diri ini terlalu kuat merasakan bosannya. Mulalah kita semakin
mudah merasakan betapa lecehnya apa yang telah kita lakukan, membuang masa dan
mahu sahaja hidup menyendiri jauh dari orang lain begitu sahaja.
Kenapa boleh berlaku begini? Terlalu banyak penyebabnya antaranya mungkin merasa
diri ini terlalu sukar untuk mendapatkan penutupan jualan seperti mana yang
diharapkan. Bertemu dengan bakal pembeli atau pelanggan yang sentiasa tidak
pernah mahu untuk bertemu apa tah lagi menerima tawaran yang dikemukakan.
Mungkin juga masalah peribadi yang
terlalu berat dirasakan untuk menanggungnya. Semuanya ini akan memberi kesan
kepada karier kita dalam melakukan jualan yang boleh membawa kepada kebosanan
yang amat sangat.
Ambil tindakan sewajarnya agar mode boring yang dinyatakan ini tidak menguasai
diri kita. Kenal pasti puncanya agar tindakan yang sepatutnya boleh kita ambil
untuk atasinya dengan sebaik yang mungkin. Terdapat beberapa tindakan juga yang
perlu kita ambil agar keadaan boring yang kita rasakan ini dapat kita kawal.
Antara tindakan yang sepatutnya adalah
i.
Atur
keutamaan tugasan
Jangan
main hentam lakukan tugasan. Sentiasa semak dan ketahui yang mana satu keutamaan
dalam melakukan tugasan jualan. Setiap tugasan sudah pasti ada turutan
kepentingan dan prioriti sepatutnya yang sepatutnya kita ketahui. Ambil
tindakan mengikut prioriti yang sepatutnya.
ii.
Disiplinkan
diri
Dalam apa
juga hal dan keadaan. Disiplin merupakan tugasan dan tindakan utama yang perlu
ada dalam diri kita. Biar apa juga bencana dan halangan yang menimpa sama ada baik
atau buruknya, kita tetap berdisiplin untuk melakukan tugasan. Dari mula kita
hadir untuk melakukan jualan di pagi hari sehinggalah badan mula rasa kepenatan
di petang atau di malam hari semuanya perlu kita beri kan perhatian untuk mendisiplinkannya.
Penting sangat agar perasaan putus asa dan kecewa perlu dielakkan sama sekali.
iii.
Hindari
penyebabnya
Apa juga
penyebab yang mendatangkan boring yang ditanggung selama ini perlu kita awasi
dan hindari dengan sebaik yang mungkin. Selagi kita melayannya selagi itulah
sikap boring kita akan bersarang dengan lebih kuat dan kukuh lagi. Lakukan
sesuatu yang membolehkan diri kita mampu bergerak untuk pergi jauh dari
menanggung keboringan yang tak tentu fasal ini.
iv.
Tetapkan
tujuannya
Biarlah
berkali-kali tidak mengapa asalkan diri kita tahu apa tujuan sebenarnya kita
melakukan jualan. Sedari diri kita sendiri lebih baik tindakannya dari kita
buat tak tahu sahaja yang boleh memberikan kesan tidak baik pula. Sentiasa
diperingatkan kenapa kita boleh terjerumus dalam karier kita melakukan jualan.
Adakah untuk bersuka-suka sahaja atau hanya memenuhi masa lapang ataupun kerana
periuk nasi? Fikirkan jawapan yang bersesuaian kerana kita sahaja yang
mengetahui apa punca sebenarnya.
v.
Luang
masa redakan ‘BAD MOOD’ kita
Ambil masa
‘BREAK’ tenangkan fikiran untuk dilontarkan perasaan boring ini ke tempat lain.
Mungkin melihat benda-benda ciptaan Allah mampu meredakan perasaan boring ini.
Dapat membaca Al-Quran lagi terbaik. Semuanya bergantung kepada individu
sendiri bagaimana untuk melakukannya.
vi.
Beriadah
dan melancung
Mencari
ketenangan diri antaranya beriadah bermain sukan melakukan perkara-perkara yang
boleh mengeluarkan peluh bagi menjamin kesihatan diri. Mungkin juga perlu
mengambil cuti berehat dengan cara melancung ke tempat orang pula agar dapat
melupakan seketika segala yang bermasalah yang mendatangkan rasa boring dalam tugasan.
Semuanya hasil dari apa yang mampu untuk kita lakukan. Asalkan jangan diabaikan
sudahlah.
vii.
Cari
sesuatu yang berharga
Ambillah
sedikit masa mencari sesuatu yang boleh dimanfaatkan seperti aktif dalam
berpersatuan, menjadi kakitangan sukarelawan mana-mana NGO atau bergotong
royong membersihkan tempat tinggal dan sebagainya. Semuanya boleh dilakukan
untuk melupakan seketika perkara yang memboringkan kita. Memang ada kepenatan
sedikit tapi hasilnya agak berbaloi untuk dicuba.
viii.
Cari
pendorong dan pencetus semangat
Berkawan
dengan mereka yang sentiasa positif dan berjaya. Tiru stail mereka atau
dapatkan pendapat telus darinya. Jangan segan dan malu untuk berdamping dengan
mereka. Sekali kita dibantu sudah pasti satu hari nanti kita mampu untuk
membantu orang lain pula.
ix.
Jangan
lupa berdoa
Jangan sama
sekali malu atau buat-buat lupa untuk memohon apa sahaja yang kita mahukan. Firman
Allah bermaksud ‘ Ya Allah
tidak ada kemudahan kecuali jika Engkau menjadikannya mudah. Sesungguhnya jika
Engkau menghendaki, Engkau berkuasa menjadikan sesuatu yang susah itu menjadi
mudah’ (Surah Al-Baqarah Ayat
201)
Kalau ini yang kita amalkan sudah semestinya dalam apa juga keadaan yang
kita alami dan harungi sudah pasti akan dapat kita atasi dengan sebaik yang
mungkin. Mode yang baik sudah semestinya akan memberikan semangat dan pendorong
yang kuat untuk semakin gigih dan rajin melakukan tugasan jualan. Begitulah
sebaliknya jika mode yang lemah dan membosankan sudah pasti lebih mudah untuk
menjahanamkan lagi karier kita dalam jualan. Berfikir sejenak muhasabah diri
agar keadaan yang tidak baik berpunca dari diri kita sendiri dapat kita ubahkan
menjadi yang lebih baik pada setiap detik dan ketika.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan