Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 8 Januari 2014

PERLUNYA BERSABAR




Tertarik dengan ungkapan Ustaz Kazim Elias dalam fb nya yang mendedahkan pengalaman Ustaz dalam bidang perniagaan. Melakukan jualan dan perniagaan pasti akan terdedah kepada kecurian dan penipuan.  Ini risiko yang perlu di tanggung oleh seseorang jika melakukan perniagaan kedai runcit. Lagi banyak stok yang ada lagi banyak yang perlu diawasi. Paling menarik lain yang di jual lain pula yang di cari oleh bakal pembeli. Sememangnya amat mencabar dan menguji kesabaran.

Tindakan terbaik dalam melayani segala kerenah dan tabiat bakal pembeli atau pelanggan adalah kesabaran yang tinggi. Bersabar dalam apa juga keadaan dan kondisi. Jangan mudah melatah dan meninggi suara yang bukan-bukan. Lakukan secara berhemah dan bersopan. Sekali kita meninggi suara walaupun hanya seketika sudah pasti kita akan di label sebagai seorang yang hendak meniaga ataupun tidak. Berfikir secara rasional agar tindakan kita melakukan jualan di terima baik oleh bakal pembeli atau penjual secara berhemah.

Kelebihan kita bersabar dalam melakukan jualan adalah

i.             Kita tahu apa yang kita lakukan

ii.           Menarik minat dan kecenderungan mereka untuk datang membeli

iii.          Mengawal situasi ketika jualan dilakukan. Harmonikan keadaan

iv.          Melayan kerenah mereka secara berhemah dan bersahaja

v.            Jiwa kita akan lebih tenang untuk melayan mereka


Hebatnya kalau kita dapat bersabar sentiasa dalam melakukan jualan. Mengutamakan kesabaran tatkala menjual perlu disemadikan dalam diri kita agar keupayaan kita melakukan jualan lebih terserlah di pandangan bakal pembeli atau penjual. Dengan kesabaran segala kelakuan kita menjadi lebih terancang dan dihormati oleh si pembeli. Bersabarlah kerana sabar itu banyak kebaikannya. Sabda Rasulullah SAW ‘Orang yang kuat bukanlah orang yang hebat dalam bertengkar, sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu bersabar menahan emosi ketika marah’ (Hadis Riwayat Bukhari).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan