Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 20 Januari 2014

BANTU BERMULA DENGAN NIAT



Ketika Forum Berkat dan Rezeki di Ekspo Halal Antarabangsa Pulau Pinang 2013 yang di adakan di PISA pada 19hb Januari 2014 oleh Ustaz Zamri Mantop memaklumkan bahawa untuk mendapatkan Rezeki Halal yang banyak adalah dengan berusaha ikhlas mungkin memberikan bantuan dan tolong seramai yang mampu. Hulurkan bantuan kerahkan segala kudrat yang ada agar matlamat kita adalah untuk membantu seboleh-bolehnya apa yang mereka mahukan.

Jangan fikirkan keuntungan dahulu. Jangan difikirkan nak kaya dahulu. Selagi kita tidak membantu mereka dalam perniagaan kita selagi itulah kita tidak mampu untuk menjana pendapatan yang kita mahukan sama sekali. Nak berikan segala bantuan dan pertolongan dalam kita melakukan jualan dan perniagaan kena ada niatnya terlebih dahulu. Niatkan diri kita agar kita mampu memberikan nilai pada orang lain dan hulurkan bantuan semampu yang boleh membantu dan menolong siapa juga yang memerlukannya.

Mungkin sukar untuk menemui teori yang ada. Tapi dari pengalaman boleh menjadikan ia nya satu guru yang terbaik buat diri kita. Konsep ‘TRIAL AND ERROR’ pasti ada tapi jadikannya sebagai satu pengalaman yang berguna dalam melakukan jualan sebagai pengalaman untuk dibaiki sentiasa bagi mendapatkan kesempurnaan.  Lagi banyak kita membantu dan menolong orang pasti lagi banyak Allah akan membantu kita peroleh apa yang kita mahukan. Yakin atas pertolongan Allah pasti kejayaan di peroleh juga.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan