Berpeluang ke
Kompleks Pasar ikan di
Kuala Muda, Kedah yang terletak di Kampung Tepi Sungai
Kota Kuala Muda, Kedah baru-baru ini amat menarik
perhatian saya bagaimana urusan jualan tawar menawar dilakukan. Semua transaksi
yang berlaku dan terjadi antara para nelayan, peraih atau pembeli belian runcit
tidak perlu tawar menawar di sini. Cukup hanya dengan bisikan ke telinga berapa harga yang
dipersetujui bagi pembelian ikan segar di sini. Penjual atau nelayan yang
bersetuju dengan harga yang ditawarkan secara berbisik sudah pasti akan
menyerahkan ikan tanggapannya kepada sesiapapun juga yang menawarkan harga yang
tinggi.
Pembelian
perlu dilakukan di jeti dan tidak sama sekali dibenarkan berlaku transaksi
menjual atau membeli di bot tangkapan mereka. Cukup berdisiplin dan tertarik
bagaimana urusan jualan boleh dilaksanakan di sini. Tiada hiruk-pikuk, tiada jerit
menjerit, tiada tanda harga dan tiada tawar menawar yang boleh kedengaran berlaku
di sini. Berikan harga yang menarik dan tinggi dari orang lain yang turut sama
menawarkan harga yang di kehendaki walaupun perbezaan hanya RM1 sahaja. Paling penting
pembeli sudah pasti mendapat ikan-ikan yang segar jauh lebih murah dari pasar-pasar
yang ada.
Cukup unik
dan menarik perhatian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan