Berpantang maut sebelum ajal. Inilah luahan hati apabila kita mungkin akan
ditugaskan untuk bercakap atau berpidato di khalayak ramai. Demi melakukan
jualan tidak salah untuk kita berbicara dan inilah peluang yang terbaik untuk
mendapatkan jualan dalam satu masa sekali gus. Sememangnya peluang yang ada
jangan di per sia-sia kan sama sekali tapi jangan kita abaikan pula mampu kah
kita bercakap berdiri berseorangan di hadapan orang yang ramai.
Keselaluan dalam memberikan ceramah dalam satu kumpulan orang yang ramai
pasti kita akan merasakan bahawa
i.
Seolah-olah kita bercakap menyampai
maklumat untuk dihakimi oleh mereka sama ada ‘BEST’ ataupun tidak
ii.
Merasa yakin apa yang diperkatakan
sebenarnya adalah tentang diri kita sahaja
iii.
Pasti minat mereka untuk mendengar apa yang
kita perkatakan hanya disebabkan bilangan audiens yang ramai
Mudah sangat kita syok sendiri. Padahal hasilnya belum kita ketahui lagi
bagaimana. Semuanya bergantung kepada keupayaan diri kita sebenarnya bagaimana
untuk menyampaikan apa yang perlu kita sampaikan. Lihatlah penyanyi atau
pendakwah yang berdiri secara berseorangan menyampaikan dengan gaya dan caranya
yang tersendiri. Yakin diri dan petah untuk menyampaikan. Kesemuanya dilakukan
dengan kesungguhan dan keberanian yang ada.
Ketahuilah apa yang sebenar audiens mahukan dari kita. Selagi kita tidak
mengetahuinya selagi itulah apa yang ingin kita sampaikan tidak ke mana juga
hasilnya. Selain logik akal dan berfakta harus kita sampaikan, suasana yang
harmoni ditambah dengan keberanian untuk berucap perlu ada bersemadi. Apa yang
kita rasakan bukan itu yang di cari oleh mereka sebenarnya. Terdapat pelbagai
faktor yang mempengaruhinya. Antara faktor-faktor yang mereka rela untuk
mendengarnya adalah
i.
Apa manfaat yang boleh mereka peroleh untuk
diri mereka sendiri
ii.
Ambil peluang untuk ketahui produk yang
ditawarkan dengan lebih mendalam lagi
iii.
Mencari dan menambah ilmu apa yang boleh
dipelajari dari menghadiri taklimat atau ceramah yang diberikan
iv.
Sebagai satu cara hiburan pada mereka
menenangkan fikiran secara tidak disedari oleh orang lain
v.
Sebagai satu alternatif pada diri mereka
membuat perbandingan produk atas apa yang telah mereka ketahui.
Sedarilah, langsung tiada berkait langsung dengan diri kita yang
menyampaikannya. Kesemuanya berpunca untuk kepentingan diri mereka sahaja.
Kerana itu perlu untuk kita berikan sesuatu yang terbaik dan berbaloi buat
mereka yang sanggup menghabiskan masa emas mereka untuk kita. Berikan yang
terbaik pasti yang terbaik juga hasilnya akan kita peroleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan