Apa yang kita harapkan dalam melakukan jualan adalah kejayaan mendapatkan
penutupan jualan. Persetujuan bakal pembeli atau pelanggan menerima tawaran
yang dikemukakan sudah pasti akan mendatangkan kegembiraan yang amat sangat
kepada diri kita. Apa tidaknya, segala perancangan, usaha dan kegigihan
melakukan tindakan sudah pasti amat-amat berbaloi andai kata mereka dengan hati
yang terbuka suasana yang menggembirakan menerima tanpa adanya sebarang
bantahan dan penolakan lagi. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya betapa
gembira dan sukanya kita berada dalam situasi yang sebegini.
Sentiasa ingat, jangan mudah merasa seronok dan gembira sahaja yang kita
kena fikirkan. Di atas kegembiraan itu pastikan setiap kali mendapat dan
memperoleh penutupan jualan jadikan sebagai satu amalan atau tabiat semula jadi
kita untuk melakukannya perkara-perkara seperti berikut iaitu
i.
Sentiasa bersyukur ke hadrat Allah
Jangan
sama sekali abaikan rasa syukur kita ke hadrat Allah. Sentiasa di dalam hati
menyebut perkataan syukur alhamdulillah ke hadrat Allah. Tunjukkan kepada Allah
bahawa kita amat menghargai akan segala bantuan dan pertolongan Allah kepada
kita. Sekali kita ucapan kesyukuran kita ke hadrat Allah akan semakin banyak
lagi akan Allah berikan kepada kita.
ii.
Ucapkan terima kasih kepada pelanggan
Lontarkan
senyuman manis penuh keikhlasan kepada pelanggan dengan mengucapkan ribuan
terima kasih kepada orang yang sudi menerima tawaran menjadi pelanggan kita.
Menghargai seseorang secara ikhlas sudah pasti akan membuatkan mereka gembira
dan semakin yakin terhadap kita. Pasti mereka akan memberikan lebih kepercayaan
kepada kita. Bukannya susah untuk menyatakan terima kasih kepada mereka selagi kita
tahu betapa sukar dan payahnya kita untuk mendapatkan tawaran yang diterima
dari mereka. Hargai dengan sebaik-baiknya.
iii.
Memastikan produk yang terbaik telah dibekalkan
Tanda
setuju telah diperoleh. Maka tugasan kita seterusnya adalah memastikan produk
yang kita tawarkan adalah betul-betul dengan apa yang telah kita janjikan
kepada mereka. Berikan produk yang mereka mahukan dengan kualiti yang mengikut
apa yang kita perkatakan. Jangan jadikan cakap lain jadinya lain pula. Sekali
kita menipu sampai bila-bila orang tidak akan mempercayainya pula.
iv.
Berazam untuk memberi khidmat selepas jualan
Bila kita
rasakan nak dapat pun sukar, bila dah diperoleh hargai dengan sebaik mungkin.
Tanamkan keazaman dalam diri kita agar sentiasa kita mampu untuk berikan perkhidmatan
selepas jualan sebaik yang termampu. Jangan tinggalkan atau abaikan pelanggan
yang sedia ada begitu sahaja. Layan mereka apa sahaja yang mereka mahukan
walaupun penerimaan tawaran sudah pun berlalu. Mungkin hanya dengan mereka ini
di masa hadapan jualan berulang atau silang boleh dilakukan kepada mereka.
Sekurang-kurangnya siapa juga yang menjadi pelanggan kita sudah pasti kesetiaan
mereka adalah terlalu tinggi kepada diri kita.
Jangan sama sekali apabila penutupan jualan telah kita peroleh walaupun
kita dalam keadaan yang bergembira kita biarkan sahaja pelanggan tersebut
berlalu begitu sahaja. Berikan perhatian dan tumpuan kepada mereka karena
mereka pernah menjadi pelanggan kita pada satu hari yang lalu. Keyakinan
seseorang bukan mudah untuk dibina dan kalau sudah dibina sekalipun tidak
mustahil boleh runtuh dalam sekelip mata begitu sahaja. Berwaspada dan ambil tindakan
yang sewajarnya agar kita sama sekali tidak mudah kehilangan pelanggan begitu sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan