Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 16 Januari 2014

WANG RINGGIT : ANTARA MEMERLUKAN ATAU PENDORONG



Wajib perlu atau hanya sebagai satu pendorong sahaja. Memang tidak boleh untuk ditentukan sama sekali hanya kerana semuanya bergantung kepada niat seseorang kenapa wang ringgit yang perlu dicari dan dimahukan. Sememangnya wang ringgit diperlukan dan kebiasaannya wang ringgit ini akan di jadikan sebagai satu dorongan yang kuat untuk mencapainya. Melakukan jualan menjadikan imbuhan wang ringgit sebagai satu matlamat utama dalam mencapai apa yang diingini. Kuat pengaruh wang ringgit ini sehingga sesiapapun sanggup melakukannya untuk mendapatkan wang ringgit walaupun dilakukan di jalan yang tidak betul dan salah.

Tidak salah menjadikan wang ringgit sebagai satu dorongan dan pencetus semangat untuk mendapatkannya. Apa yang dirisaukan adalah sejauh mana matlamat kita melakukan jualan pada hakikatnya. Adakah kerana hendakkan wang ringgit atau untuk membantu orang menerusi produk yang kita tawarkan? Semuanya akan terjawab bergantung kepada niat kita sendiri yang menentukannya. Sebagai jalan mudah untuk mengetahui wang ringgit di perlukan atau tidak sebagai satu dorongan, kena fikirkan juga apa yang bakal kita peroleh di akhirat sama. Bolehkah kita peroleh ganjaran 2 dalam 1? Fikirkan mana satu yang patut kita lakukan.

Mahukan wang ringgit

Semua orang mahukan wang ringgit sebagai menampung apa yang dihajati. Janji ada wang ringgit semuanya boleh dimakbulkan. Ada duit semuanya boleh dicapai dengan hati yang senang dan gembira. Ada yang sanggup tidur sehari dua tiga jam sahaja semata-mata bagi mencari wang ringgit yang diingini. Hanya disebabkan mahu dan hendak membina kualiti kehidupan ke arah yang lebih baik dan terjamin. Semuanya sanggup dilakukan tidak kira sama ada cara susah ataupun senang. Janji boleh dapat walaupun dengan cara yang haram sekalipun.

Wang ringgit sebagai satu pendorong

Menjadikan wang ringgit sebagai satu dorongan dan sumber mendesak untuk melakukan tugasan adalah lebih baik. Selagi kita tidak membantu orang untuk selesaikan masalah mereka selagi itulah ganjaran wang ringgit tidak ke mana hasilnya yang boleh kita peroleh. Matlamat kena betul agar wang ringgit sebagai pendorong boleh kita lakukan dengan cara yang tepat dan sepatutnya. Lagi banyak kita hendak lagi kuat untuk kita berusaha bagi mendapatkannya. Benar-banar menjadikan wang ringgit sebagai penggerak utama dalam melakukan tugasan jualan.

Unsur kehidupan

Tidak dinafikan wang ringgit adalah keperluan kehidupan. Tanpa wang ringgit bagaimana untuk kita menjalani kehidupan kita sehari-hari. Apa yang kita kehendaki apa yang kita perlukan semuanya bergantung kepada wang ringgit. Hanya kerana wang ringgit akan menentukan taraf kehidupan seseorang. Hanya kerana wang ringgit juga seseorang itu mampu untuk menjadi kaya atau miskin. Semuanya bergantung kepada kita untuk menentukannya. Hanya kerana wang ringgit orang sanggup menipu, mencuri dan pecah amanah. Menjadi tamak dan mementingkan diri sendiri pun sanggup untuk dilakukan. Semuanya hanya kerana wang ringgit.

Berhati-hatilah. Jangan kerana wang ringgit kita menjadi hamba kepada nya. Carilah wang ringgit sebanyak-banyak nya agar mudah buat kita melakukan kebajikan, bersedekah, mewakafkan harta, berzakat dan membantu orang susah dan anak yatim. Lagi banyak kita lakukan perkara sebegini lagi banyak ganjaran yang Allah akan berikan meluaskan lagi rezeki kita di dunia ini. Wang ringgit itu penting tapi bukan wang ringgit penentu segala-galanya. Tepuk dada tanyalah iman yang mana satu yang perlu kita lakukan sama ada wang ringgit yang kita mahukan sebagai satu pencarian mutlak atau perangsang untuk kita melakukan tugasan jualan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan