Tiap kali tahun baru pasti azam baru menjelma lagi. Kedengaran pelbagai
azam yang di luahkan dalam memastikan kejayaan melakukan jualan. Mungkin
azam-azam seperti ini telah pun kita dengari seperti
‘Azam
tahun ini pastikan sasaran di capai 100% hingga hujung tahun’
‘Azam
kali ini memastikan setiap orang yang di jumpa pasti terima tawaran dikemukakan’
‘Azam
2014 sekurang-kurang komisen sebanyak RM10,000 setiap bulan’
‘Azam
saya setiap hari mesti bertemu dengan 5 orang pelanggan tanpa gagal’
Kesemuanya azam dan terus berazam demi memastikan sempena kehadiran tahun
baru ini tidak ketinggalan sama menzahirkan azam seperti mana yang lain.
Semuanya berebut-rebut melakukan azam yang terbaik demi memastikan 2014 menemui
titik kejayaan yang diharap-harapkan. Tapi bukanlah satu yang mustahil jika
azam yang telah direncanakan akan berakhir dengan azam sahaja walaupun tahun
2014 akan berakhir begitu sahaja. Masa tidak mengenal azam. Semuanya bergantung
kepada diri kita sendiri sama ada mahu atau tidak untuk melakukannya. Kejayaan
dalam memastikan apa juga azam yang ditetapkan bukannya terletak pada orang
lain. Mahu tidak mahu kita juga yang perlu melakukannya.
Tukarkan apa juga keazaman kita untuk menjadi satu yang realiti bukan fantasi
dengan memastikan
i.
Jangan sama sekali melakar
alasan demi alasan mencari sebab jika keazaman yang ditetapkan gagal diperoleh. Semua alasan sebenarnya
datang dari diri kita sendiri merasakan apa juga tindakan yang kita lakukan
adalah betul dan benar. Pada hakikatnya alasan yang diberikan hanyalah kerana
sebagai pencari sebab yang kita gagal untuk serlahkan lagi keazaman kita
menjadi realiti.
ii.
Elakkan sama sekali menyalahkan
sesuatu keadaan dan situasi. Kita salahkan sekeliling kita penyebab kegagalan dari diri kita sendiri
juga. Kita yang cipta keazaman untuk diri kita masih gagal untuk terima
kegagalan dari diri kita juga. Hanya pandai mencari sebab luaran sahaja
seolah-olah apa yang berada di luar dari diri kita adalah penyebab kegagalan
azam kita.
iii.
Berani
untuk berubah demi kejayaan.
Selagi kita dalam Zon Selesa selagi itulah kita tidak dapat per tingkatkan lagi
keazaman kita menjadi satu realiti. Jangan menjadi seperti katak duduk di bawah
tempurung. Kena berani untuk mencuba dan keluar dari Zon Selesa kita.
iv.
Masalah kita bukan masalah orang lain. Perlu
kah kita mengadu domba kepada orang lain. Kalau kita ada masalah bermakna
orang lain juga turut mempunyai masalah untuk mereka hadapi. Belajar untuk
selesaikan masalah kita dari kita mengadu kepada orang lain.
v.
Jangan mengharapkan
pujian atau perhatian dari
orang lain. Selagi kita mengamalkan perkara begini selagi itulah kita tetap
merasakan betapa hebat dan terbaiknya diri kita. Kerja bukan kerana Allah
tetapi hari-hari mahukan orang memuji dan mendapat perhatian dari manusia akan
tugasan jualan yang dilakukan.
vi.
Kerja sedikit hasil yang setompok malangnya
mudah
sangat merasa puas yang
bukan-bukan. Sepatutnya boleh dipertingkatkan lagi dan bukannya hasil yang
sedikit merasa cukup besar impaknya. Selagi kita mudah merasa puas dengan apa
yang kita lakukan walaupun tidak ke mana hasilnya selagi itulah azam yang kita
bentuk sampai kiamat pun tidak akan berhasil kita peroleh.
vii.
Selagi tak habis tahun jangan mudah
menjadi hakim mengatakan apa
yang kita lakukan telah pun mencapai apa yang kita azamkan. Berusah terus berusaha
sentiasa lakukan secara konsisten dan berterusan agar azam yang dimahukan dapat
digenggam secara mutlak walaupun mungkin terdapat lebihan pada keazaman kita
tetapkan
viii. Akui kita bukan
manusia yang sempurna. Bukan
mencari alasan untuk tidak boleh melakukannya tetapi satu ayat sebagai perangsang
untuk terus melakukannya walaupun apa juga rintangan, masalah, cabaran dan
dugaan yang menimpa.
ix. Teruskan sahaja
untuk melakukannya dan jangan sama sekali-kali teragak-agak. Belajar untuk yakin dalam apa juga kita
lakukan. Selagi kita teragak-agak selagi itulah kita akan takut-takut untuk
melakukannya.
x.
Orang
lain nak kata apa biarkan saja. Jangan di hiraukan dan jangan juga di ambil peduli. Yang positif syukur
alhamdulillah sebagai pendorong dan pencetus semangat untuk melakukannya. Bagi
yang negatif bagaimana? Sudah pasti akan melenturkan setiap tindakan kita juga
akhirnya.
Berazam bukan setakat untuk berazam sahaja. Kena lakukan tindakan mengikut
apa juga yang kita rancang kan. Pastikan apa juga yang kita azamkan mampu untuk
kita capai agar kepuasan dalam mengharungi
kehidupan di dunia ini boleh kita nikmati dengan sebaik yang mungkin.
Selagi adanya virus putus asa dan mudah kecewa selagi itulah kita pasti tidak
ke mana juga. Jangan jadikan diri kita ini menetapkan sesuatu azam itu hanyalah
berdasarkan kepada seronok ikut kawan-kawan sahaja. Kena ada pendirian dan
kemahuan yang kukuh untuk melakukannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan