Salah satu caranya kita melakukan jualan adalah apabila bakal pembeli atau
pelanggan mahukan kertas cadangan jualan. Tidak dinafikan kemahuan mereka yang
mahukan kertas cadangan ini kebiasaannya melibatkan syarikat-syarikat yang
mahukan pembelian dapat dilakukan berdasarkan kepada kertas cadangan yang
dikemukakan. Semuanya perlu diberikan cadangan-cadangan yang bernas dan terbaik
agar apabila mereka mahu melakukan keputusan mudah menerima akan kertas
cadangan yang dinyatakan.
Berikan yang terbaik. Jangan di abaikan kerana peluang menjual bukan
setakat bercakap dan mempersembahkan sesuatu di hadapan mereka sahaja.
Sekurang-kurangnya kita pergunakan segala medium yang ada dalam melakukan
jualan. Cuma kena sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga apabila sesuatu kertas
cadangan yang diberikan iaitu dengan cara
i.
Susunan ayat-ayat dan format
Susunan
ayat biarlah sedap dibaca orang dan mudah difahami. Susunan format pula biarlah
ada penariknya seperti pengenalan, isi kandungan, harga, spesifikasi produk
sehinggalah kepada kesimpulannya. Semuanya kena teratur dan tersusun walaupun
kita bukanlah seorang yang profesional dalam melakukannya.
ii.
Biar jelas, ringkas dan padat
Elakkan
dari berjela-jela panjangnya. Berikan kefahaman dan ketelusan memberikan fakta yang terbaik
tentang produk yang ditawarkan. Bukan nak tunjuk pandai tapi berikan satu
solusi kepada mereka secara ringkas, jelas dan mudah difahami.
iii.
Fokus apa yang mereka mahukan
Nak tawarkan
apa yang mereka mahu dan terima pastikan kita fokus pada produk yang
sememangnya mereka mahukan. Tak perlu menceritakan habis-habisan segala produk
yang ada untuk mereka ketahui. Berikan saja dengan penawaran yang terbaik
tentang produk yang mereka mahukan sahaja.
iv.
Berikan 3 pilihan
Sebaik-baik
solusi berikan tiga kaedah atau cara bagaimana untuk mereka paling mudah untuk
memilikinya. Jangan berikan satu solusi sahaja tapi paling baik tiga caranya
untuk mereka memilih mana satu cara yang paling sesuai untuk mereka
menerimanya. Berfikirlah secara kreatif agar mereka tahu pada akhirnya kita
mampu untuk tawarkan pelbagai cara dan kaedah untuk mereka menerimanya dengan
baik sama sekali.
v.
Mudah di hubungi dan dirujuk semula
Jangan
dilupakan sama sekali nyatakan caranya bagaimana untuk menghubungi kita semula
dengan paparan yang jelas di atas kertas cadangan yang dikemukakan. Walaupun satu
usul tapi berikan segala-galanya apa yang kita termampu. Dari nama kepada alamat
sehinggalah kepada laman sesawang dan juga no untuk dihubungi.
Asalkan ikhlas dan betul berikan sahaja yang terbaik. Usaha kena ada asalkan
dilakukan dengan cara yang betul dan telus. Tak perlu nak melobi-lobi mengatakan
usul dalam kertas cadangan kita adalah yang terbaik. Jauhi juga dari merasuah orang
yang melakukan rasuah ataupun konco-konconya kerana perbuatan rasuah amat dibenci
oleh Allah. Berikan yang terbaik dan berdoa serahkan diri hanya pada Allah kita
bertawakal sepenuhnya. Yakinlah dengan apa yang telah kita lakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan