Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 21 Januari 2014

10 TIP BERKAT DAN REZEKI BERCAMBAH



Semua orang mahukan untuk mendapat rezeki yang berkat dan halal. Tanyalah pada siapa pun juga pasti nak kan merasa segala perolehan dan pendapatan rezeki yang halal dan berkat. Hendaknya bukan main lagi tapi adakah kita sedari cara dan amalan yang kita lakukan itu betul ataupun tidak. Inilah yang perlu diambil perhatian sewajarnya dari kita sendiri bagi memastikan agar segala pendapatan, perolehan dan penghasilan yang dilakukan benar-benar mengikut syariah yang ditetapkan.

Inilah ulasan Dr Zaharuddin Abdul Rahman berikan semasa Forum Berkat dan Rezeki yang di adakan di PISA Pulau Pinang pada 19hb Januari 2014 yang lalu. Menurut Dr terdapat 10 tip yang perlu di amalkan agar segala pendapatan yang diterima dan diperoleh benar-benar berkat dan di redhai oleh Allah SWT. Antara 10 Tip tersebut adalah


1.    Banyakkan istighfar dan taubat
Firman Allah bermaksud dan kepada kaum Thamud, Kami utus kan saudara mereka: Nabi soleh. ia berkata: "Wahai kaum ku! Sembahlah kamu akan Allah! sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadanya. Dia lah Yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadanya Dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya".

2.   Banyakkan sedekah
Terdapat 4 faktor Rasulullah sarankan sepatutnya kita melakukan sedekah. Jangan terlalu difikirkan dan terlalu berkira. Faktor-faktor tersebut adalah
i.             Ketika sakit kita berikan sedekah
ii.           Ketika bakhil (kedekut) kita berikan sedekah
iii.          Ketika takut miskin kita berikan sedekah
iv.          Ketika berhajat jadi kaya kita berikan sedekah
Lagi banyak kita bersedekah lakukan amal kebajikan lagi banyak Allah curahkan kepada kita membalas segala kebaikan kita baik di dunia mahupun di akhirat.

3.   Jangan buat dosa
Elakkan melakukan maksiat apatah lagi meninggalkan perkara yang dituntut dalam Islam. Rezeki boleh tertahan hanya disebabkan banyaknya kita menanggung dosa. Lagi banyak dosa dilakukan sudah pasti keberkatan yang kita mahukan tidak akan menjelma juga penyudahnya.

4.   Jangan jemu belajar
Carilah ilmu jangan berhenti di situ sahaja. Perbaiki dan cari skil-skil yang baru. Perkembangkan lagi agar apa yang kita lakukan dapat per tingkatkan lagi cara kita menjual dan berniaga. Pasti kita akan rugi andai kata kita mengabaikan ilmu-ilmu baru begitu sahaja.

5.   Fokus dan beri tumpuan pada kerja
Bermula dari fokus dan beri tumpuan dalam kehidupan melakukan apa juga yang dituntut oleh syariah. Dari kehidupan bawalah pula ke dalam ruang lingkup bisnes kita pula. Bila kita fokus sudah pasti tumpuan kita benar-benar memberikan keikhlasan dan tidak lakukan sambil lewa begitu sahaja. Berikan yang terbaik hanya dengan fokus dengan apa yang patut kita lakukan.

6.   Betulkan Islam dalam bisnes dan kehidupan
Tahu akan halal haram, dosa pahala dan boleh tak boleh untuk melakukannya. Jangan main hentam ikut sesuka hati kita sahaja. Islam telah mengajar kita bagaimana cara dan kaedah yang terbaik untuk kita melakukannya. Begitu ramai ustaz-ustaz dan mentor-mentor yang baik yang boleh kita jadikan rujukan untuk kita sendiri menjaga Agama Islam dalam kehidupan dan perniagaan kita sendiri.

Sebagai contoh meletakkan ayat 1000 dinar dalam premis perniagaan kita tapi malangnya kehidupan kita tidak langsung mencerminkan keislaman kita. Kalau nak gantung pun gantunglah tapi sebagai satu peringatan buat kita bukannya pelaris atau menarik perhatian orang betapa Islamnya kita. Sebaik-baiknya hafallah ayat 1000 dinar tersebut dan jadikan zikir harian minta pada Allah untuk melariskan lagi bisnes kita.

7.   Jangan melampau dalam mengiklankan
Berhati-hati dalam memaklumkan produk kita di pasaran. Jangan kerana mahukan laris di pasaran kita gembar gemburkan perkara yang tidak benar, betul dan tepat hanya semata-mata mahu melariskannya sahaja. Sanggup bersumpah mengatakan produk paling bagus dan terbaik di pasaran. Memberikan testimoni yang menipu sehingga sanggup menghilangkan keberkatan. Adakah ini yang kita mahukan sama sekali?

8.   Kotakan janji
Sabda Rasulullah SAW ‘Hendaklah kamu selalu berbuat jujur, sebab kejujuran membimbing ke arah kebajikan, dan kebajikan membimbing ke arah syurga. Tiada henti-hentinya seseorang berbuat jujur dan bersungguh-sungguh dalam melakukan kejujuran sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai orang jujur. Dan hindarilah perbuatan dusta. Sebab dusta membimbing ke arah kejelikan. Dan kejelikan membimbing ke arah neraka. Tiada henti-hentinya seseorang berbuat dusta dan bersungguh-sungguh dalam melakukan dusta sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai pendusta’ (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9.   Dapatkan FEEDBACK
Kenapa perlu ada syok sendiri? Produk laku bukan bermakna kita pandai menjual. Mesti ada sebab lain. Berani diri dapatkan maklum balas dari pelanggan-pelanggan kita. Mana yang baik kita jadikan sempadan yang tidak baik kita jadikan teladan agar apa juga komen, aduan dan kritikan diterima dengan hati yang terbuka. Perbetulkan semula dan jangan diulangi lagi.

10.        Bayar hutang
Rasulullah SAW pernah bersabda ‘Diampunkan dosa orang yang mati syahid melainkan berhutang’. Sabda Rasulullah lagi ‘Roh orang yang mati dalam keadaan berhutang akan tergantung rohnya melainkan hutang-hutangnya telah dilunaskan’. Pastikan setiap apa juga kredit yang diperoleh dilunaskan segera bukan dibelanjakan dengan segera untuk diri kita. Kalau kita memerlukan wang ringgit bermakna pihak pembekal juga sama seperti kita yang mahukan juga wangnya bagi tujuan pusingan modal perniagaannya juga.

Firman Allah bermaksud "(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan ‘zikrullah’. ketahuilah Dengan ‘zikrullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia yang melakukannya” (Surah Ar-Rad Ayat 28). Semakin kuat hati kita mengingati Allah semakin kita mengambil tindakan berhati-hati dan berjaga-jaga dalam melaksanakan jualan dan bisnes yang kita lakukan. Sekali kita terlalai terhadap Allah hanya kerana cintai kita terlebih terlajak pada dunia sudah pasti akan hilang segala keberkatan dan keredaan Allah terhadap apa yang kita lakukan selama ini. Amalkan sebaik mungkin tip-tip yang diberikan ini agar keberkatan rezeki dan perolehan yang diperoleh bukan setakat senang di dunia sahaja tetapi juga di akhirat sama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan