Keberanian dan ketabahan Rasulullah SAW
sememangnya seorang yang hebat pernah ada di muka bumi ini. Jangan dinafikan
kehebatan baginda kerana bukan setakat baginda adalah seorang kekasih Allah
tetapi juga amat di kagumi oleh
orang-orang Muslim termasuk musuh-musuh Islam sehingga kini. Walaupun menerima
pelbagai dugaan, cubaan dan cabaran yang begitu mencabar sekali terutama di
awal keislaman baginda namun hanya keberanian dan ketabahan Rasulullah berjaya
untuk mengatasi akan segala-galanya.
Walaupun ramai yang memusuhinya, Rasulullah
SAW tetap bertawakal kepada Allah sehinggakan pada satu ketika baginda pernah bersabda
"Tidak ada sesiapa yang mengikuti ku malah ramai orang memusuhi ku".
Sudahlah Rasulullah baru sahaja kehilangan dua orang yang disayanginya iaitu isteri
tercinta baginda Sayidatina Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib di
kutuk dan di hina pula semasa baru balik dari peristiwa teragung Isra’ Mikraj.
Tak cukup dengan peristiwa itu betapa sukar dan payahnya Rasulullah bersama Sayidina
Abu Bakar menempuh pelbagai ranjau dan duri terutama ketika penghijrahan ke
Madinah. Semuanya berpunca dari keberanian dan ketabahan baginda untuk
menempuhnya dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan yang tinggi.
Keberanian dan ketabahannya menghadapi ujian
terserlah juga ketika berlakunya Perang Uhud. Sahal bin Sahat menceritakan apa
yang dilihatnya ketika Perang Uhud, katanya, "Aku melihat sendiri
bagaimana puteri baginda, Fatimah mencuci luka baginda dan Ali bin Abi Talib
menyiram air ke atas lukanya dengan perisai. Siraman air itu telah menyebabkan
darah semakin banyak mengalir. Kemudian Siti Fatimah mengambil secarik tikar
lalu membakarnya, kemudian membungkus luka baginda itu sehingga darah baginda berhenti
mengalir. Pada peristiwa itu juga gigi baginda telah patah dan kulit kepalanya
terkoyak.”
Sementara itu di dalam Perang Hunain, bapa
saudara Rasulullah SAW al-Abbas bin Abdul Mutalib menceritakan, "Ketika
pasukan kaum Muslimin kucar-kacir, Rasulullah memacu kudanya ke arah pasukan
musuh dan aku memegang tali pemacu kuda supaya tidak terlalu laju. Pada ketika
itu, Baginda berkata: Aku adalah seorang Nabi bukan pendusta. Aku adalah cucu
Abdul Mutalib." Menantu Rasulullah SAW, Ali bin Abi Talib yang
terkenal sebagai pahlawan, penunggang kuda yang handal dan masyhur
menceritakan, "Apabila dua pasukan sudah saling bertemu dan peperangan
semakin sengit, kami berlindung di belakang Rasulullah SAW dan kami melihat
tidak sesiapa pun yang berani mendekati musuh kecuali baginda."
Manakala di dalam satu hadis yang dilaporkan
oleh At-Tirmizi dan Ahmad, Rasulullah SAW berkata, "Sesungguhnya aku
mendapat pelbagai ancaman kerana mahu menegakkan agama Allah dan aku yakin
tiada seorang pun mendapat ancaman seperti ku. Malah pada satu ketika aku dan
Bilal tidak menjamah makanan selama 30 hari 30 malam kerana tidak mempunyai apa-apa
untuk dimakan". Semuanya di tempuh dengan penuh keberanian dan ketabahan
tanpa perlu merasa berdukacita, mengeluh kesah dan kecewa hanya kerana
perjuangan baginda ke jalan Allah.
Lihatlah betapa hebatnya Rasulullah dalam
menghadapi pelbagai ujian dan cabaran yang di tempuhnya. Semuanya dilalui
dengan keredaan dan tabah hati tanpa ada sebarang rungutan dan belas kasihan.
Begitu juga kita dalam melakukan jualan. Sekurang-kurangnya kita jadikan satu
iktibar dan pengajaran yang berguna buat kita dalam menghadapi tugasan
melakukan jualan. Banyakkan berselawat ke atas Rasulullah tanda cinta dan
sayangnya kita pada Rasulullah di samping mengamalkan sunah-sunah Rasulullah.
Selamat menyambut Maulidur Rasul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan