Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 26 Januari 2014

TARIK MINAT DAN KECENDERUNGAN MEREKA







Tidak dinafikan manusia sangat berhajat kepada sesuatu. Manusia pasti akan berusaha untuk mendapatkannya dengan apa cara sekalipun. Biar susah ataupun sukar sudah pasti akan cuba seseorang itu untuk memuaskan hatinya sama sekali mendapatkan apa yang dihajatinya. Bukan satu perkara yang mustahil tapi tidak mustahil apa yang diidamkan akan diperoleh. Tidak kira senang ataupun susah kalau itu yang dimahukan sudah pasti akan diperolehnya juga pada akhirnya.

Inilah tugasan orang seperti kita dalam melakukan jualan. Cipta jualan agar hajat manusia terarah boleh pergi dan menuju atas apa yang kita tawarkan. Jangan ingat apa yang kita tawarkan 100% mudah diterima seseorang. Tapi yang penting bagaimana kita promosikan dan war-war kepada mereka itu keutamaan kita. Dalam memastikan agar jualan kita boleh dan mampu menarik minat seseorang dan mempengaruhi mereka dengan sebaik yang mungkin kena lakukan perkara-perkara seperti berikut

i.             Lakukan penyelidikan terlebih dahulu apa yang mereka mahukan dari kita sebelum boleh kita tawarkan. Mereka berhajat pada satu-satu produk tapi apa ciri-ciri dan kelebihan yang ada perlu diketahui terlebih dahulu. Bila kita telah ketahuinya maka mudah buat kita melakukan sasaran yang sepatutnya pula bakal pembeli atau pelanggan yang bagaimana coraknya.

ii.           Segala kelebihan dan kehebatan produk perlu dipromosikan dan di war-war kan dengan sebaik yang mungkin. Edaran risalah, paparan kain rentang dan poster-poster yang menarik perhatian perlu dilakukan dan di pamer kan. Segala kekuatan produk yang ditawarkan boleh diketahui terlebih dahulu oleh sesiapa juga yang melihat dan menyedarinya.

iii.          Beri hujah yang berhemah dan berfakta semasa melakukan presentasi dan sesi penerangan yang benar-benar memberikan kefahaman yang mendalam kepada mereka. Tarik minat dan perhatian mereka secara berhemah dan bersopan agar kelembutan kita memberikan penerangan akan lebih mudah membuka hati dan perasaan mereka. Logik akal kena ada bukan logik pada akal kita seorang sahaja.

iv.          Jangan terlepas tindakan sentiasa bermohon pada Allah akan bantuan dan pertolongan Nya. Bukan setakat memudah tugasan kita dalam melakukan jualan tetapi juga bakal pembeli atau pelanggan terbuka hati mudah menerima apa juga yang kita tawarkan kepada dirinya. 

Lakukan dengan baik berserta dengan tindakan yang disenangi oleh semua orang. Kita telah ketahui mereka semua berhajat akan sesuatu dan inilah masa terbaik kita bagi mendapatkannya. Tiada yang susah dan sukar untuk kita melakukannya melainkan perancangan yang betul dan tepat sahaja yang boleh melorongkan segala tindakan kita berlaku dengan betul seperti yang di rancang kan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan