Sabar merupakan senjata utama dalam melayan
apa juga kerenah bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui. Tanpa adanya
kesabaran sudah pasti akan sukar kita boleh memahami dan mengetahui apa yang
mereka mahukan dan carikan selama ini. Bila hilang sabar mulalah muncul
pelbagai perkara buruk yang berlaku sama ada kita sedar ataupun tidak.
Antaranya adalah tiba-tiba merasa jemu, meluat kepada mereka, memendam rasa
mahupun melenting tak tentu fasal. Semuanya bermula apabila kesabaran yang
perlu ada tiba-tiba hilang lesap begitu sahaja.
Ketahui segera bila kesabaran yang
sepatutnya ada bersama-sama kita tiba-tiba hilang begitu sahaja. Tanpa
mengetahuinya hasrat kita untuk memikat dan pengaruhi mereka sudah pasti akan
hilang begitu sahaja. Ambil tindakan terbaik ketahui bila kesabaran kita akan
hilang apabila berlakunya perkara berikut
i.
Mudah
merasa boring
Bersemangat pada awalnya tiba-tiba sahaja merudum tak tentu hala apabila
mudah ‘fed-up’ dengan bakal pembeli atau pelanggan di hadapan. Seolah-olah
biarlah tak laku asalkan boleh pergi jauh dari orang yang ditemui ini.
ii.
Cepat
marah
Tiba-tiba sahaja suara meninggi tak tentu hala. Bila orang kata marah
dikatakan sedang memberi penerangan. Padahal orang yang berada di hadapan kita
telah ketahui kita telah gagal mengawal emosi kita. Perlu kah kita melakukan
perkara sebegini terutama sedang melakukan jualan?
iii.
Mudah
merajuk
Ketika menjual memberikan presentasi tiba-tiba sahaja hati mudah berasa dan
merajuk tak tentu hala. Mungkin ada yang menyakitkan hati kita atau memberikan
kita merasa geram yang amat sangat. Semuanya berlaku hanya kerana tiada
kesabaran tersemat dalam hati kita memberikan hati kita mudah terasa tersentuh.
iv.
Tergopoh
gapah atau melulu
Mana boleh nak cepat dapatkan penutupan jualan. Banyak ujiannya. Dari
pertemuan kepada presentasi terus kepada perundingan tiba-tiba sahaja dirasakan
nak cepat tergopoh gapah dan melulu tak tentu fasal. Hilang sabar kerana fokus
telah hilang tidak melalui langkah-langkah jualan yang sepatutnya.
v.
Tidak
tenang
Tidak tenteram pasti sabar tidak menjelma. Ketenangan pasti lari andai kata
sabar tidak dapat dikawal lagi. Jangan biarkan begitu bergolak dan rasa tentu
fasal. Kawal diri dan emosi sentiasa tenang dalam melakukan jualan.
vi.
Tiada
pergantungan pada Allah
Setiap kali melakukan jualan, jangan lupa sama sekali minta bantuan dan
pertolongan dari Allah. Siapa kita kalau tiada Allah di sisi kita yang sentiasa
tidak pernah lokek memberikan pelbagai nikmat hidup kepada kita. Fikirlah
sentiasa muhasabah selalu agar apa yang kita lakukan sentiasa di berkati dan
dirahmati Allah setiap detik.
Bila berlaku atasilah dengan tindakan
sebaik yang mungkin. Sentiasa bertenang. Selesaikan dalaman supaya masalah
luaran dapat diselesaikan semasa melakukan jualan. Ketenangan akan membawa
kesabaran yang diperlukan. Apa juga yang berlaku layan sahaja tabiat mereka
yang berada di hadapan kita. Jadilah seorang pendengar yang baik menahan
kesabaran yang ada agar lebih kita ketahui apa sebenarnya yang mereka mahukan
dan carikan selama ini. Bertindaklah dengan bijak kerana kita sahaja yang mengetahui
bila sepatutnya kita perlu mengawal diri kita dengan baik sama sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan