Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 10 Januari 2014

3 TINDAKAN PENTING UNTUK BERUBAH




Sememangnya dalam agama pun menuntut agar kita perlu melakukan perubahan yang hakiki andai kita mahu peroleh kejayaan. Jangan hanya bercakap pandai sahaja dengan kepetahan yang amat luar biasa tapi bila memerlukan perubahan dalam kehidupan langsung tidak mahu pula untuk melakukannya. Semua ini terjadi hanya disebabkan keengganan untuk keluar dari zon selesa yang telah dinikmati selama ini. Melakukan jualan demi memastikan boleh dilakukan dan ditawarkan perlukan kepada pengorbanan usaha yang bersungguh-sungguh untuk melakukannya. Perubahan diri dan gaya kerja dalam melakukan jualan perlu ada dan disemat di dalam dada yang kita juga boleh melakukannya.

Menurut Ustaz Syed Norhisham ketika ceramahnya di Ambang 2014 bertempat di Padang Majlis Perbandaran Butterworth pada 31hb Disember yang lepas telah memaklumkan bagi sesiapapun juga yang inginkan perubahan perlu berdasarkan kepada 3 perkara utama. Ini bagi memastikan kejayaan perubahan tersebut benar-benar mengalami perubahan seperti mana yang dimahukan. Perubahan yang dimaksudkan itu adalah berdasarkan kepada

i.             Ilmu
Nak berubah pun kena ada ilmu yang mencukupi agar bila perubahan dilakukan adalah mengikut kadar pengetahuan dan pengalaman yang ada pada kita. Jangan ikut sesuka hati dalam berubah tapi dalami ilmu yang ada agar tatkala kita mengalami perubahan sekurang-kurangnya kita tahu apa yang perlu dan tak perlu untuk dilakukan. Jadilah seorang yang berilmu agar pertimbangan sewajarnya dapat kita lakukan bagi memudahkan kita keluar dari Zon Selesa kita selama ini.

ii.           Berkawan
Pilih lah kawan yang bersedia sepenuh hati ikhlas sepanjang masa membantu, memberi nasihat dan sanggup menegur kita ke jalan yang betul dan benar. Hidup di dunia ini penuh dengan pancaroba dan ujian dari Allah. Dengan berkawan dengan orang yang baik dan bersesuaian dengan kita sekurang-kurangnya apa yang kita lakukan tidak tersasar jauh dan masih mampu lagi untuk dipimpin oleh orang lain tatkala dalam kesusahan dan kesukaran. Pilihlah kawan yang sejati dan jangan biarkan diri kita cukup mudah terpengaruh dengan ajakan dan pengaruh terlalu mementingkan diri dan dunia yang kelak cukup boleh merosakkan lagi tugasan kita dalam melakukan jualan dan tawaran produk.

iii.          Terus berdoa kepada Allah
Sentiasa berharap akan pertolongan dan bantuan dari Allah. Mohon bantuan dan perlindungan Allah agar Allah sentiasa membimbing dan memandu diri kita ke jalan yang diredai dan diberkati. Hanya pada Allah tempat kita berlindung dan hanya pada Allah perlu kita merendah diri sepenuhnya. Perubahan yang dilakukan jangan menurut hawa nafsu sahaja tetapi perlu kepada meminta petunjuk dari Allah sama. Biar senang di dunia mahupun di akhirat agar keberkatan dan kerahmatan Allah mudah sangat di peroleh.

Lakukan perubahan berdasarkan kepada tiga tindakan di atas. Nak berubah pun jangan tergesa-gesa dan mengikut bisikan hati. Biarlah apa juga yang kita lakukan pasti membawa kegembiraan dan bukannya penyesalan di kemudian hari. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi. Fikirlah sebaik mungkin dan jangan sama sekali mengikut apa yang orang lain akan perkatakan. Berubah itu perlu tapi berubahlah atas kemampuan diri kita demi memajukan lagi karier kita dalam melakukan jualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan