Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 17 Januari 2014

BERSEDIA UNTUK DI KRITIK




Jangan difikirkan untung sahaja dalam melakukan jualan. Sebarang  komen, aduan, kritikan atau rasa tidak puas hati mereka terhadap diri kita perlu di terima dengan hati yang terbuka. Bertenang dan bersabar tidak sama sekali memikirkan apa yang kita lakukan semuanya terlalu betul dan benar. Kita inikan manusia, bukannya sesempurna asal kejadiannya. Mesti ada kesilapan dan kesalahan yang mungkin kita lakukan antara sedar ataupun tidak ketika kita menjual. Tambahan pula keghairahan kita dalam melakukan jualan mungkin penyebab ada yang terguris hati atau ketidakpuasan hati mungkin berlaku. 

Bersedialah dengan terbuka hati dengan pemikiran untuk bersangka baik demi perbetulkan lagi diri kita yang serba kekurangan ini. Mungkin ada kalanya setiap kritikan yang diterima boleh mendatangkan sakit hati yang amat sangat. Bersabar dan bertenang sentiasa walaupun mungkin keadaan darah yang naik secara mendadak akan mendidih pula di kala itu. Demi karier jualan yang dilakukan telanlah dengan sebaik mungkin andai kata terasa kritikan ataupun komen mereka amat-amat melukakan hati kita.

Fikirkan semula bagaimana Sayidina Umar yang baru di lantik sebagai Khalifah bagi menggantikan Sayidina Abu Bakar As-Siddiq melalui ucapan beliau. "Wahai saudara sekalian, apakah yang kamu lakukan sekiranya aku menyalahgunakan kuasa dan tidak berlaku adil?" Lalu, seorang pemuda bangun dengan menghunuskan pedangnya seraya berkata "Akan aku akan luruskan tuan dengan pedang ini. Dan sekiranya tuan terus menyeleweng, aku pancung leher tuan!". Umar bertanya "Wahai anak muda, kamu tahu dengan siapa kamu sedang berkata-kata?"Dijawab oleh pemuda tersebut "Memang sedia maklum bahawa aku sedang bercakap dengan Umar al Khattab yang baru dilantik sebagai khalifah". Sambil tersenyum, Umar menjawab "Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu kerana ada yang berani menentang aku demi membela dan menegakkan kebenaran"

Bertindaklah seperti Sayidina Umar Al-Khatab. Selagi kita lakukan perkara-perkara yang tidak bercanggah dalam agama dan syariat secara berhemah dan bersopan ketika melakukan jualan janganlah sama sekali merasakan terlalu takut dan gerun kita melakukan kesilapan dan kesalahan. Terima seadanya jika terdapat sebarang kritikan atau komen yang diberikan. Berlapang dada itu lebih baik dari kita menghentam pula orang memberi komen atau kritikan tersebut. Sentiasa beringat setiap kritikan atau komen yang diterima itu tandanya masih ada lagi orang yang memberi itu benar-benar suka dan prihatin dengan apa yang kita lakukan agar di masa hadapan kita berubah menjadi yang lebih baik dan terbaik sama sekali. Jangan dikesali tetapi berikan tanda kesyukuran kita terhadap Allah yang mana masih ada lagi orang yang masih sayang lagi terhadap karier dan masa depan kita dalam bidang jualan ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan