Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 18 Januari 2014

PERTAHAKAN KEHEBATAN DALAM JUALAN




Tiada siapa mahukan kegagalan dan berada di posisi bawah sahaja. Kejayaan amat diperlukan. Biar apa pun yang berlaku dan terjadi pilihan utama tetap untuk berjaya. Tidak kira melalui jalan mudah atau sukar semuanya perlu dilalui dengan apa juga cabaran dan dugaan yang mendatang. Semuanya memerlukan perancangan dengan strategi yang betul. Impian yang ada perlu dicapai dan bukannya sama sekali sebuah angan-angan kosong sahaja.

Terdapat pelbagai langkah yang perlu dilakukan demi memastikan kejayaan yang diingini boleh diperoleh. Berada dalam mode kejayaan dan berada di tahap terbaik memerlukan kesungguhan dan kegigihan yang perlu dilakukan. Sering bersedia untuk berubah kepada kejayaan sememangnya dikehendaki. Antara tindakan-tindakan yang diperlukan untuk kita melakukannya adalah

i.             Amalan terbaik
Dalam melakukan jualan sudah pasti kita akan ketahui gerak tugasan yang bagaimana yang boleh membawa kepada kejayaan. Mana yang berjaya kita teruskan manakala yang sukar sudah tentu kita tinggalkan. Lakukan cara dan kaedah yang berjaya menarik bakal pembeli atau pelanggan menerima tawaran kita dari kita melakukan yang sebaliknya. Teknik dan skil yang terbaik pasti kita lakukan lagi dan lagi asalkan mampu memberikan pulangan yang terbaik kepada kita.

ii.           Mereka cipta semula
Kenal pasti mana kelemahannya. Perbaiki atau cari teknik yang baru untuk kita pergunakan apabila bertemu dengan bakal pembeli atau pelanggan. Kena ada kreativiti dan kesanggupan untuk melakukannya. Sekali gagal bukannya gagal selama-lamanya. Belajar dari kesilapan dan pengalaman orang yang telah berjaya melakukannya. Jangan rasa malu atau bangga diri untuk belajar dan perbetulkan kesilapan. Teruskan tindakan yang memberikan impak yang positif agar kita sentiasa berada di tahap tertinggi pernah kita lakukan dalam menjual.

iii.          Perkembangan teknologi
Teknologi yang ada seiring dengan perkembangan semasa perlu untuk kita guna pakaikan. Penyimpanan data pelanggan dalam sistem komputer perlu dilaksanakan bagi membantu kita mencari dan mengesan semula kehadiran mereka apabila diperlukan. Penggunaan telefon pintar jangan diabaikan. Kena ketahui agar boleh kita pergunakan dengan lebih meluas lagi. Selagi tidak dipergunakan selagi itu tidak mungkin kita sedari betapa banyak yang boleh dipergunakan. Sentiasa bersedia untuk mempelajarinya dan menerima kehadirannya dengan hati yang terbuka.

iv.          Pantas untuk merubah
Diri kita sentiasa bersedia menerima apa juga kemungkinan yang mendatang. Tidak perlu mengeluh dan menyesal tapi sanggup untuk menerima dengan sebaik yang mungkin. Apa juga yang berlaku di sekeliling terima dengan cepat dan seadanya. Jangan mudah mengkritik dan menyalahkan sesiapapun tapi berikan yang terbaik sanggup melakukan perubahan. Tidak salah berubah untuk kejayaan. Yang tak betulnya bila ada perubahan sampai ke sudah tetap begitu sahaja langsung tidak mahu menerima perubahan yang ada.

v.            Mudah bergerak
Pengurusan masa kena betul dan tepat. Kesanggupan untuk bergerak ke mana sahaja tanpa mengira lokasi dan tempat perlu ada untuk diwujudkan. Sanggup terlalu berkira dikhuatiri nanti rezeki yang bakal kita peroleh Allah akan berkira pula terhadap kita. Asalkan ada oportuniti dan peluang jangan ditunggu lagi. Berikan yang terbaik dan terhebat agar di mana juga kita berada tetap diperlukan oleh siapa pun juga.

Lakukan secara konsisten dan berterusan. Jangan berikan alasan dan ulasan. Fokus pada tindakan seperti mana yang telah dirancang agar kejayaan yang kita mahukan perlu dicapai juga. Jangan sekejap bagus sekejap lagi tersungkur jatuh. Berikan yang terbaik dengan nawaitu yang betul agar apa juga kesudahannya sememangnya menjadi milik mutlak kita. Yakin dengan apa yang kita lakukan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan