Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 25 Januari 2014

AURAT OH AURAT




Hebat diperkatakan berita berkenaan dengan seorang guru berbangsa Cina yang telah memeluk Agama Islam tapi telah di paksa untuk membuka tudungnya jika beliau masih berminat untuk mengajar di sebuah sekolah Cina di selatan tanah air. Inilah satu fenomena yang menakutkan bagi seorang Muslimah yang ingin menjaga peradaban auratnya di sisi Allah tapi malangnya dek kerana kerakusan manusia sanggup mengenepikan dan tidak menghormati Agama Islam sama sekali memberikan arahan agar penggunaan bertudung tidak dilakukan.

Inilah realiti yang berlaku. Masih wujud lagi tentangan sebilangan orang yang tidak mahu melihat wanita Muslimah bertudung. Itu baru berita tentang seorang guru. Bagaimana agaknya dengan mereka yang melakukan jualan? Tidak dinafikan mendedahkan aurat dan mungkin juga mengetatkan pakaian mengikut tubuh badan pasti akan lebih memudahkan lagi menarik perhatian bakal pembeli atau pelanggan. Adakah dengan cara begini benar-benar mampu menghasilkan pendapatan yang tinggi kepada si penjual tersebut? 

Firman Allah yang bermaksud ‘Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka’. (Surah an-Nur Ayat 31).

Jangan sampai tergadai maruah hanya disebabkan nak melariskan barangan atau produk kita sanggup mendedahkan aurat kita kepada bakal pembeli atau pelanggan. Tetapkan pendirian kita kerana mereka membeli atau menerima tawaran yang dikemukakan kepada kita bukannya kerana terlebih pendedahan aurat yang dilakukan. Bagaimana keberkatan dan keredaan Allah boleh diterima andai kata aurat semasa kita melakukan jualan tidak dijaga dengan sepenuhnya. Tutuplah aurat sebaik-baiknya kerana penampilan diri yang terbaik melambangkan ‘FIRST IMPRESSION’ di hadapan bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan