Setiap kali bertemu kegagalan pasti akan menimbulkan kekecewaan yang amat
sangat dalam diri kita. Apa tidaknya betapa banyaknya tenaga yang terpaksa
digunakan,menyediakan masa yang mencukupi untuk bertemu dan melakukan
presentasi kepada mereka. Tapi malangnya hanya kegagalan yang berjaya
diperoleh. Tak tahu apa yang perlu diperkatakan lagi. Mulalah episod kemurungan
dan kekecewaan pula yang berlaku.
Ambillah secara positif. Bersangka baik dan terima kegagalan yang dihadapi.
Tidak dinafikan terdapat kesedihan dan kekecewaan akan berlaku tapi hadapilah
dengan hati yang terbuka, bersabar dan tenang sahaja walaupun begitu pahit dirasakan
sama sekali. Semakin kuat kita mengeluh dan merasa sedih semakin sukar pula
untuk kita melakukan jualan walaupun kadang-kadang kita telah pun mempunyai
pengalaman dalam melakukan jualan selama lima enam tahun lamanya.
Pasti ada hikmah nya yang tidak kita ketahui kenapa sebab dan puncanya.
Ujian hidup ini mesti diteruskan walaupun terasa layu yang amat sangat.
Berfikir positif per tingkatkan ketahanan diri dengan melakukan perkara-perkara
seperti berikut
i.
Muhasabah semula kenapa kegagalan boleh berlaku.
Ambil tindakan bijak fikirkan semula di mana salah dan silapnya tindakan yang
telah kita lakukan. Perbaiki dan per kemaskan semula agar di masa hadapan kita
terlebih dahulu mengetahui apa tindakan terbaik untuk kita lakukan.
ii.
Mencipta kesempurnaan. Mustahil dalam
jualan kita sentiasa sempurna (PERFECT) dalam setiap apa yang kita lakukan.
Mesti ada kelemahan untuk kita perbetulkan dengan segera. Pengalaman akan
mengajar dan membentuk diri kita akan kesempurnaan dalam melakukan jualan boleh
kita dapati dengan lebih baik lagi.
iii.
Apa yang berlaku semuanya ujian dari Allah.
Mungkin Allah ingin menduga kita sama ada kita sabar atau tidak dalam
menghadapi setiap ujian yang diberikan. Mungkin juga Allah mahu memberikan
sesuatu yang lebih hebat kepada kita hanya kerana dari satu kegagalan yang
telah kita lalui. Belajarlah lebih bersabar dengan apa yang telah dilalui dan
ditempuhi.
iv.
Lebih mematangkan lagi dalam melakukan
jualan. Pengalaman amat penting. Melalui pengalaman yang ditempuh sendiri akan
membuatkan kita lebih mahir dan tahu seluk belok dalam melakukan jualan.
Pengalamanlah guru sebenar untuk diri kita sendiri.
v.
Kembalilah pergantungan kita kepada Allah.
Mohon dan pintalah bantuan pada Allah dengan lebih telus dan bersungguh. Ikhlas
niat kita pinta bantuan dan pertolongan Allah agar Allah sentiasa memberikan
apa yang kita mahukan. Kenapa perlu diabaikan dan dilupakan sama sekali?
vi.
Satu ketentuan Allah yang perlu kita terima
dengan hati yang terbuka. Penting buat kita menerima segala ketentuan yang ditetapkan
asalkan segala usaha telah dilakukan secara gigih dan bersungguh. Buat dahulu bukan
kondem dahulu. Lakukan dengan sebaik yang mungkin.
vii.
Skil dan kemahiran yang ada tidak kita
kemas kini dengan ilmu-ilmu yang baru. Belajar mencari ilmu. Selagi Allah
kurniakan kepada kita keupayaan bernafas selagi itulah ilmu perlu dicari untuk
diperbaiki lagi apa-apa kelemahan kita selama ini. Jangan mudah merasakan ilmu
yang ada di dada semuanya telah mencukupi. Carilah dan selongkarlah walau di mana
pun kita berada.
viii. Berkawanlah dan
carilah seorang mentor yang boleh memberi teguran dan kritikan yang sepatutnya kepada
pembangunan karier jualan kita. Semua kita hidup bermasyarakat. Pilihlah kawan yang
sentiasa berfikiran positif dan jangan sama sekali mementingkan diri kita.
Terlalu banyak sebabnya. Mungkin apa yang diperkatakan tidak memadai. Tapi percayalah
selagi kita tidak memulakan sesuatu yang positif selagi itulah kita akan berada
dalam kegagalan. Jangan mudah syok sendiri atau merasakan kita lakukan jualan semuanya
telah betul. Sentiasa merendah diri dan merasakan masih terlalu banyak lagi yang
perlu dipelajari dan diperbetulkan lagi. Sekali kita gagal bukan bermakna kita gagal
selama-lamanya. Buatlah yang terbaik yang penting usaha yang dilakukan perlu dilakukan
dengan ikhlas dan suci hati membantu dan menolong seramai yang termampu melalui
produk yang ditawarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan