Jangan ingat orang yang melakukan jualan tidak boleh dikenakan oleh orang
lain secara senyap-senyap tanpa kita sendiri sedari. Apatah lagi jika kita
seorang yang berjaya dalam melakukan jualan atau perniagaan yang di lakukan.
Orang kalau nak berhasad dengki atau iri hati bukannya hendak memaklumkan
dahulu kepada kita. Semuanya dilakukan secara rahsia dan bersahaja tanpa
sebarang kita sedari sama sekali. Jangan rasa menyesal pula bila dah terantuk
baru nak tengadah.
Lebih baik rasanya mengambil tindakan berhati-hati dan berwaspada sentiasa
dari membiarkan diri kita diganggu sewenang-wenangnya oleh mereka yang tidak
berpuas hati dengan kita. Kita fahami mungkin kita tidak pernah menyakiti hati
sesiapa tapi hanya kerana dek kerana iri hati, berhasad dengki atau berdendam
maka pelbagai cara mungkin kita boleh peroleh tanpa kita sedari dan fahami.
Ketahuilah agar sebelum menjadi parah sekurang-kurangnya kita telah mengambil
sesuatu tindakan yang sepatutnya.
Mendengar ceramah di Masjid Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 9hb Disember 2013 oleh Ustaz
Murtadha yang di kenali sebagai Ustaz Ghost Buster telah memberikan beberapa
tanda untuk di ketahui tentang gangguan makhluk halus atau jin. Tiga tanda awal
yang perlu untuk kita ketahui adalah
i.
Sukar untuk tidur malam sehingga jam 3 atau
4 pagi baru boleh terlena
ii.
Bila tidur mudah pula tersentak atau
terkejut dengan tiba-tiba
iii.
Mimpi yang pelik-pelik seperti
·
Mimpi ular atau di patuk ular
·
Berada di kelilingi haiwan-haiwan buas dan
berbisa
·
Duduk di tempat-tempat kotor atau bernajis
·
Mimpi anjing atau babi
·
Jatuh dari tempat yang tinggi, jatuh dari
motosikal, jatuh dari kereta dan sebagainya
·
Mimpi budak sama ada sedang memegangnya,
mendukung atau memaku tangannya
Berhati-hatilah jika terdapat tanda-tanda awal seperti ini. Jangan
dibiarkan dan cuba dapatkan perawatan Islam yang sepatutnya. Mungkin ada orang
yang berdengki kepada kita cuba untuk mengenakan diri kita. Antara tanda-tanda
lain yang boleh di kesan juga sebagai makluman awal yang mungkin kita telah
terkena gangguan makhluk halus ataupun jin adalah
i.
Sering dan kerap sakit kepala kebiasaannya
waktu asar sampai ke malam hari.
ii.
Terasa sakit pada bahu kiri kanannya
termasuk pada urat belikat pada orang lelaki dan orang perempuan pula di
kawasan ari-ari
iii.
Bunyi pernafasan yang tidak elok dan lancar
seperti dada tersekat-sekat
iv.
Rasa sendi-sendi utama seperti tidak larat
sahaja
v.
Mudah sangat naik angin atau marah tak
tentu fasal
vi.
Badan di belakang dirasakan sakit seperti
slip disc
Walaupun begitu, ustaz telah memberikan nasihat agar jangan cepat pula
pergi berubat terus dengan bomoh atau siapa pun juga. Sebaik-baiknya dapat
doktor perubatan dahulu kesan mungkin ada penyakit yang dah lama kita tanggung
dari zaman remaja lagi tidak di ketahui. Dapatkan dari doktor perubatan lakukan
x-ray atau melalui mesin pengesanan dahulu (scan). Di pasaran mungkin terdapat
ada tok bomoh tok bomoh yang suka
mengambil kesempatan sehingga sanggup meminta bayaran beribu-ribu ringgit
harganya. Kena berhati-hati dan tahu apa yang patut kita lakukan sepatutnya.
Walaupun begitu, pemberitahuan awal tetap ada dan jarang sama sekali
terjadi dan berlaku begitu sahaja berlaku dengan cepat dan segera. Terdapat
juga ada tanda-tandanya yang boleh kita lihat dan fahami jika kita berada di
rumah atau di ruang pejabat kita sendiri. Antaranya adalah seperti
i.
Apabila memasak nasi akan cepat menjadi
basi
ii.
Perasan adanya lalat dalam rumah se ekor
dua. Kebiasaannya lalat keluar pada siang hari sahaja
iii.
Apabila berada di rumah terasa ada kelibat
atau ada seseorang yang melihat diri kita
iv.
Pasangan suami isteri, anak-beranak mudah
sangat bergaduh dan bertengkar walaupun perkara yang dibincangkan terlalu kecil
sahaja
Jika ada yang dinyatakan perkara-perkara di atas ini ambil tindakan segera
untuk melakukan pemulihan. Carilah Ustaz-ustaz yang berwibawa atau pusat-pusat
perubatan Islam yang sewajarnya. Jangan cari Tok Bomoh atau Pawang terutama
sekali yang telah diketahui pengamalannya bukan mengikut syariah yang
dibenarkan walaupun cukup hebat dan terkenal. Allah tempat kita bergantung dan
bukannya pada manusia. Amalkan ayat-ayat pendinding diri agar Allah sentiasa
memelihara diri kita dari orang-orang yang suka hendak meranapkan dan
menjatuhkan diri kita dalam melakukan jualan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan