Salah satu peringkat atau proses dalam melakukan jualan adalah pada
ketikanya perundingan dilakukan. Sudah pasti ada tawar menawar, pujuk memujuk berdolak
dalih dan mungkin juga beralah. Semuanya dilakukan dalam satu keadaan yang
cukup harmoni dan bersedia menerima apa juga cadangan yang diutarakan.
Banyakkan memberi dari menerima semasa proses perundingan. Segala hujah yang
disampaikan perlu kepada kebenaran, berfakta dan mudah difahami oleh mereka.
Walaupun begitu ada kalanya terdapat sekatan dan halangan yang perlu kita
laksanakan kenapa perundingan tidak boleh diteruskan lagi. Kalau kita
melakukannya bermakna kita tidak ada etika dalam melakukan jualan. Bukan
semuanya boleh dirunding begitu sahaja. Mesti ada pantang larangnya agar kita
tahu di mana sempadan dan sekatannya. Bukan main langgar sahaja janji boleh
dapat penutupan jualan habis kita abaikan begitu sahaja. Antara perkara-perkara
yang tidak mampu kita rundingkan lagi adalah apabila
i.
Harga
tetap
Kalau
harga yang ditawarkan banyak itu bermakna sebanyak itulah harga yang perlu
bakal pembeli atau pelanggan terima. Mungkin terdapat kenaikan yang berbeza
dengan pesaing tawarkan namun jika kita mampu maklumkan segala kelebihan,
manfaat dan kekuatan produk kenapa perlu kita risaukan. Jangan kerana harga
kita mudah lemah semangat untuk tawarkan. Harga memang penentu utama. Walau
bagaimanapun produk yang ditawarkan adalah terbaik dan mempunyai perbezaan
sedikit tinggi dari pesaing kenapa perlu disangsikan? Berikan kefahaman yang
terbaik dan mudah difahami agar mereka juga mudah peroleh dan yakin dengan apa
yang kita perkatakan.
ii.
Tiada
kuasa
Kita hanya
menjual bukan pengeluar atau pembuat produk. Tugas utama kita adalah menjual
dan terus menjual. Kuasa yang diberi setakat yang dibenarkan sahaja. Tidak
lebih dari itu. Apa yang mampu kita berikan adalah mencadangkan sahaja ke pihak
pengeluar produk. Itu sahaja yang boleh kita bantu bakal pembeli atau pelanggan
mahukan. Berkata secara berhemah dan bersopan kepada mereka yang mana setakat
ini sahaja POWER yang ada pada kita. Tidak lebih dari itu.
iii.
Ikut
prosedur
Lakukan
sebaik mungkin. Bukan lakukan secara terjah dan ikut suka hati kita sahaja.
Segala peraturan dari pengeluar produk dan pihak kerajaan perlu dipatuhi. Nak
dapatkan jualan kita laku dan menarik perhatian orang langsung kita lupa akan
halal haramnya pula. Habis segala peraturan dan prosedur yang ditetapkan kita
langgar habis-habisan seolah-olah dunia ini kita yang punya. Elok dah kita
menjual tak fasal-fasal lesen kita pula digantung dan karier kita berkubur
begitu sahaja. Ini kah yang kita mahukan selama ini?
iv.
Tidak
adil kepada orang lain
Adil pada
semua orang. Kalau RM5 kita berikan diskaun pada orang lain, kenalan baik RM10
pula. Adakah ini adil namanya. Mungkin mereka tidak mengetahuinya namun
bagaimana dengan Allah pula? Ada orang mengatakan strategi jualan kena tengok
orang dahulu berapa banyak boleh kita berikan diskaun. Semuanya bergantung
dengan hati. Kalau baik hati kita maka baiklah keputusan kita. Tapi kalu hati
kita busuk maka sudah tentulah menjadi busuk pula hati kita. Berilah keadilan kepada
bakal pembeli atau pelanggan tanpa mengira siapa pun juga tidak kira jawatan,
pangkat, kuasa atau kenalan kita. Berilah keadilan yang sebaik-baiknya kerana
adil itu bukan hak mutlak seorang yang menjawat jawatan hakim baru keadilan
boleh ditegakkan.
v.
Pendirian
kena ada
Sejauh mana di
cerca, dihina atau dimarahi oleh bakal pembeli atau pelanggan pastikan
pendirian kita kena kukuh dan tidak mudah berubah tak tentu hala. Baru saja
diuji habis goyang dibuatnya seolah-olah menunggu tiupan taufan untuk memaksa
kita berubah. Kalau dah tak boleh nyatakan sahaja tak boleh. Berani kerana
benar. Lakukan apa yang dibenarkan jangan lakukan di luar dari kemampuan yang
dibenarkan. Beri penerangan yang sewajarnya bagi mereka fahami betul-betul apa
prosedur dan yang sepatutnya. Jika tidak boleh lagi maka ambil tindakan
sewajarnya dengan beredar begitu sahaja dengan penuh berhemah dan bersopan.
Kenapa nak rasa malu? Kita dah berikan yang terbaik dan itu sahaja yang mampu
untuk kita lakukannya. Terserah kepada mereka untuk menentukannya.
Jangan mudah mengalah tapi tegakkan kebenaran. Kalau setakat itu sahaja
yang boleh kita rundingkan nak buat macam mana. Lebih baik kita redha dan
bersabar sahaja. Nyatakan secara ikhlas dan jangan membabi buta berikan kepada
mereka di luar dari kemampuan diri kita. Karier jualan perlu dijaga dan periuk
nasi yang menanggung kita selama ini perlu dipertahankan. Jangan kerana mereka
kita terkulai melakukan perkara-perkara di luar dati batas kemampuan kita.
Lakukan secara ikhlas dan jujur kerana bakal pembeli atau pelanggan juga
memahami dan mengerti setakat mana kemampuan kita. Yakin dengan apa yang kita
lakukan. Banyakkan berdoa agar Allah sentiasa membuka hati dan perasaan mereka
menerima apa yang kita cadangkan dan utarakan kepada mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan