Mengikut kamus Dewan Edisi Keempat Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, apa yang
di maksudkan dengan Nikmat adalah
i.
anugerah Allah, kurnia
ii.
enak sekali, sedap sekali, lazat
iii.
keenakan, kelazatan, kesedapan
iv.
menikmati mengalami, merasai:
Mensyukuri segala nikmat yang telah Allah anugerahkan amat-amat diperlukan.
Sebagai manusia yang dijadikan Allah tidak kira apa juga Allah berikan kepada
kita pada keseronokan dan kegembiraan dalam menerimanya perlu ada setiap masa.
Bukan mengeluh atau mengadu yang nikmat diberikan sentiasa tidak mencukupi
dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Firman Allah bermaksud ‘Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang
dilimpahkan Nya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu
persatu; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani’ (Surah An-Nahl Ayat 18).
Kerana itu kita amat di tuntut sentiasa bersyukur dengan apa juga nikmat
yang kita peroleh. Jangan diabaikan dan pastikan agar sentiasa kita mengenang
akan nikmat yang telah Allah berikan dengan percuma ini. Agar sentiasa ada
perasaan syukur dan seronok mendapat nikmat ini kita di saran untuk sentiasa
memanjatkan kesyukuran kita ke hadrat Allah dengan cara
i.
Merenung (bukan membayangkan).
ii.
Lihatlah yang memberi nikmat, bukan besar
kecilnya nikmat. Jika kita mendapatkan nikmat dari Allah, jangan lihat besar
kecilnya nikmat, tapi lihatlah yang memberi nikmat yang di peroleh
iii.
Sentiasa melihat orang yang berada di bawah
kita (kaitannya dengan nikmat)
iv.
Ingatlah keutamaan syukur. Orang beriman
yakin, jikalau bersyukur kepada Allah, maka akan dianugerahkan keutamaan.
v.
Sedari dan fahamilah bahawa yang mampu
memberikan hidayah untuk bersyukur hanyalah dari Allah semata-mata.
Beringatlah pada Allah terutamanya ketika kita melakukan jualan. Tanpa
nikmat Allah sudah pasti sukar buat kita melakukan jualan. Jangan mudah
mendabik dada merasakan kita melakukan jualan adalah 100% usaha dari kita.
Tanpa nikmat, bantuan dan pertolongan Allah sudah pasti kita tidak ke mana.
Semuanya mengharapkan Allah. Firman
Allah bermaksud ‘Katakanlah
(Wahai Muhammad): "Allah Yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada),
dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu
bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur’ (Surah Al-Mulk Ayat 23).
Bagi menjamin kelangsungan sentiasa mensyukuri nikmat Allah, harus
dilakukan dengan mensyukuri betapa besar kasih sayang Allah terhadap kita.
Tidak kiralah sama ada hal-hal yang kecil ataupun yang besar yang mungkin luput
dari pandangan kita sebagai manusia dapat diingatkan untuk selalu disyukuri. Firman
Allah bermaksud ‘adapun nikmat
Tuhan mu, maka hendaklah Engkau sebut-sebutkan (dan zahir kan) sebagai bersyukur
kepada Nya’ (Surah Dhuha
Ayat 11). Bentuk atau wujud rasa syukur itu dapat dilakukan antara lain dengan
beberapa cara antaranya adalah
1.
Bersyukur dengan hati dan perasaan
2.
Bersyukur dengan lisan
3.
Bersyukur dengan perbuatan
4.
Bersyukur dengan harta benda
Firman Allah bermaksud ‘Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika
kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat Ku kepada kamu, dan Demi
sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab Ku amatlah keras’ (Surah Ibrahim Ayat 7). Mensyukuri nikmat
perlu ada. Bila mensyukuri nikmat yang diperoleh sudah pasti keseronokan dalam
kehidupan akan menjelma. Bila kehidupan merasa gembira dan tenang sudah pasti
jualan yang dilakukan akan menimbulkan minat untuk lebih berusaha dan gigih mencapai
apa yang dimahukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan