Presentasi dan persembahan yang menarik pasti akan mudah memikat hati dan
perasaan bakal pembeli atau pelanggan yang berada di hadapan kita. Segala usaha
dan pengorbanan yang dilakukan pasti dirasakan amat berbaloi andai kata dari
riak muka mereka jelas terpancar betapa tidak sabarnya mereka untuk menerima
tawaran yang di kemukakan. Pasti semakin bersemangat lagi untuk kita melakukan
jualan lagi dan lagi.
Walau bagaimanapun jangan terlalu yakin dengan apa yang kita nampak dan
kita lihat. Selagi mereka tidak melafazkan dengan jelas bahawa mereka bersetuju
untuk menerima tawaran yang dikemukakan sudah pasti apa yang kita lakukan dalam
jualan tidak ada apa-apa lagi hasil yang boleh di peroleh. Semuanya satu
peluang yang mungkin akan tertahan begitu sahaja tanpa kita sedari dan maklumi.
Peluang sudah di depan mata namun cukup liat untuk mendapatkan penutupan
jualan. Amatlah melecehkan dan terasa betapa dukacitanya hati kecil kita.
Mungkin perkara-perkara sebegini perlu di lihat balik agar peluang tertahan
tidak berlaku di masa hadapan. Antara yang perlu untuk diketahui agar tiada
satu pun yang boleh menahannya adalah
i.
Nilai yang diberikan tidak menarik
Nilai
tambah sememangnya diperlukan bagi menunjukkan produk kita adalah seperti
produk syampu 3 in 1 ataupun seperti kopi segera 5 dalam 1. Di samping
menceritakan tentang apa segala kelebihan dan keuntungan yang bakal di peroleh,
kena maklumkan juga apa nilai-nilai lain yang boleh juga mereka mampu untuk
peroleh sama.
ii.
Tidak mengikut proses jualan
Jangan
terlalu ghairah sehingga melupakan tindakan seterusnya satu per satu. Umpama
selesai sahaja kita melakukan presentasi terus menerus kita tanyakan setuju
untuk menerima ataupun tidak. Padahal sepatutnya proses perundingan pula yang
harus dilakukan. Semua tindakan dalam jualan ada proses yang perlu diikuti dan
dipatuhi. Elakkan dari suka melakukan secara ‘SHORT CUT’ membabi buta.
iii.
Mereka yang mengawal jualan
Kita yang
melakukan penawaran dan bukannya mereka. Kita yang sepatutnya mengawal keadaan
ketika menjual. Tapi kalau mereka yang mengawalnya alamatnya sampai bila pun
pasti tidak terjual akhirnya. Latih diri agar kita mampu mengawal keadaan walaupun
betapa kuatnya bangkangan dan bantahan boleh berlaku sekali pun.
iv.
Komitmen mereka tidak di minta
Jangan
tutupkan jualan yang kita lakukan andai kata komitmen mereka tidak kita
peroleh. Komitmen yang dimaksudkan mungkin perlu memberikan persetujuan awal
seperti membayar deposit, menurunkan tandatangan setuju pada borang yang
disediakan ataupun memberikan no talian telefon untuk dihubungi semula.
Semuanya ini perlu dilakukan andai kata penutupan jualan masih gagal lagi kita
peroleh.
v.
Jualan yang berterusan tidak dilakukan
Jangan kita
abaikan sama sekali lakukan jualan berterusan pada pelanggan yang sama. Sekali
kita berjaya lakukan pada seseorang bukan bermakna hanya setakat itu sahaja.
Sediakan ruang dan peluang untuk kita tawarkan lagi mengikut produk-produk yang
bersesuaian dengan diri mereka. Kalau kita tidak melakukannya siapa lagi yang
akan melakukannya.
Satu pengajaran dan iktibar yang boleh kita awasi sentiasa yang di masa
hadapan tidak akan berlaku sama sekali. Berikan yang terbaik mengikut cita rasa
mereka dan elakkan sama sekali mengikut cita rasa kita pula. Kita yang
berkehendakkan mereka bukan mereka yang mencari kita. Tawarkan produk yang
bersesuaian dan sepatutnya agar mereka tahu produk kita juga adalah terhebat di
pasaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan