Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 6 Januari 2014

JANGAN MUDAH TERPENGARUH BILANGAN AUDIENS


Gambar sebagai hiasan sahaja


Melakukan presentasi ketika melakukan jualan adalah salah satu proses yang perlu di tempuh. Paling baik melakukan presentasi adalah apabila terdapatnya sekelompok bakal pembeli atau pelanggan yang turut hadir untuk mendengarnya. Sememangnya sesi taklimat yang ada akan lebih menggembirakan pada kita andai kata audiens yang hadir adalah ramai. Lagi ramai lagi bagus. Mudah kerja dari melakukan presentasi seorang demi seorang yang pasti akan memakan masa yang lebih lama jika dibandingkan dengan sesi taklimat yang di hadiri oleh sekelompok orang yang ramai.

Inilah masalah yang menimpa pada yang melakukan jualan melalui presentasi melalui aktiviti taklimat. Memang menyeronokkan tambahan pula kalau audiens yang hadir cukup ramai dan mendapat perhatian orang. Naik semangat dibuatnya. Semakin berkobar-kobar memberikan presentasi dan ceramah yang cukup berapi-rapi semangatnya hanya disebabkan kehadiran audiens yang ramai. Masalahnya bagaimana dengan audiens yang hadir hanya dua atau tiga orang sahaja? Sudah pasti semangat yang membara pasti akan luntur sebegitu sahaja. Melihat audiens yang sedikit pun sudah longlai inikan pula hendak bercakap. Sememangnya dalam melakukan presentasi bilangan audiens yang hadir cukup mempengaruhi semangat untuk bercakap dan menyampaikan.

Inilah masalahnya, kita melakukan jualan sepatutnya jangan di kira berapa ramai audiens yang hadir. Jangan kira naik semangat ataupun tidak hanya kerana bilangan audiens yang tidak ramai seperti mana yang diharapkan. Lakukan seperti biasa walaupun seorang dua yang hadir untuk mendengarnya tetap juga bersemangat dan bersungguh memberikan presentasi yang terbaik. Mungkin belum sampai masanya lagi kita mampu untuk mendapatkan audiens yang ramai lagi. Fikir yang positif dan bersangka baik. Satu ujian yang perlu kita tempuhi dengan sebaik yang termampu.

Seperti mana saranan Ustaz Azhar Idrus semasa di Ambang 2014 di Padang Majlis Perbandaran Butterworth, Pulau Pinang menyarankan seperti berikut ‘Jangan terpengaruh dengan audiens yang ramai tapi lakukan sahaja berapa ramai juga yang hadir. Yang penting lakukan sebaik mungkin’. Inilah semangat yang perlu ada dalam diri kita jangan dihiraukan pada bilangan yang hadir. Ingat semula tujuan dan matlamat kita dalam melakukan jualan. Berikan yang terbaik beri kefahaman pada mereka yang berminat agar apa juga yang kita sampaikan dapat menarik kepercayaan mereka kepada kita. Lakukan dengan sebaik yang termampu. Bukan audiens yang mempengaruhi kita tapi semangat kita untuk membantu orang itu yang perlu diutamakan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan