Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 23 Februari 2014

JELAJAH JAKARTA : HANYA DENGAN BASIKAL SAHAJA



Kebetulan dibawa ke Tamrin City Jakarta walaupun dalam keadaan hujan yang agak lebat tetap sampai juga ke sana. Dalam perjalanan balik ke bas, terdapat satu lagi kejutan yang dapat saya lihat betapa keazaman untuk menjual dan berniaga tidak mengira apa saja yang di lakukan asalkan boleh saya di lakukan. Itulah keazaman seorang penduduk di Jakarta yang menjual dengan memberikan perkhidmatan menyediakan air minuman panas kepada orang ramai.

Apa yang menarik perhatian adalah bagaimana dia menyediakan jualan minuman air panasnya di mana berbekal sebuah basikal sahaja membawa air panas yang telah disediakan dengan pelbagai paket serbuk kopi, teh dan susu siap untuk dibancuh. Tidak memerlukan sebuah gerai, kereta sorong atau tempat memasak air panas. Sekadar mempunyai bekas pemanas air, gelas dan sudu plastik semuanya boleh di jual dan dilakukan. Cukup kreatif dan mempesonakan memudahkan orang ramai mendapatkan air minuman panas terutama di hari hujan yang begitu dingin rasanya. Mudah untuk bergerak dan menerima tempahan. Mampu untuk berniaga di mana sahaja tanpa memerlukan tapak jualan dan perniagaan yang luas. Sesuatu yang boleh dipelajari daripadanya.

Demi desakan hidup dan menambah pendapatan kreativiti dan keberanian untuk melakukannya perlu ada demi kelangsungan hidup. Jangan di hiraukan apa yang orang lain akan perkatakan selagi hidup tidak menyusahkan orang dan boleh menambah pendapatan kenapa perlu malu? Usaha yang halal pasti keberkatan boleh diperoleh. Selagi hayat di kandung tanah selagi itulah usaha perlu dilakukan. Tidak salah berniaga sendiri asalkan ada kemahuan dan minat untuk melakukannya. Berilah layanan yang baik dengan melakukan jualan yang menyenangkan orang ramai untuk menerima tawaran dan membeli.
 









Tiada ulasan:

Catat Ulasan