Tidak
dinafikan dalam mendapatkan pelanggan amatlah sukar jika tidak dilakukan secara
betul dan tepat. Masa yang ada perlu di susun dengan betul agar setiap
perancangan yang diatur dapat di peroleh dengan apa yang dimahukan. Alangkah
ruginya jika setiap pelanggan yang kita temui semuanya berakhir dengan
kegagalan begitu sahaja. Hilang bakal pelanggan, tenaga dan wang ringgit boleh
di ganti semula tapi bagaimana dengan masa yang terbuang begitu sahaja tanpa
ada hasil seperti mana yang diharapkan.
Memastikan pelanggan
yang betul dan tepat semuanya bergantung pada sasaran awal lagi. Sasaran yang
betul sudah pasti membuahkan keputusan akhir yang baik seperti mana yang
diidamkan. Semuanya bergantung pada sasaran awal sama ada betul atau tidak apa
yang kita lakukan. Tanpa adanya sasaran awal sudah tentu selepas ini agak sukar
buat kita untuk mendapatkan pelanggan yang benar-benar berkualiti yang mempunyai
peluang yang lebih besar untuk menerima tawaran yang di kemukakan.
Terdapat TIGA tindakan utama bagi memastikan sasaran yang kita lakukan adalah
betul dan tepat yang perlu untuk kita ketahui iaitu
i.
Ketahui latar
belakangnya
Tindakan terbaik kenali dan
kenal pasti latar belakang sasaran pelanggan kita. Tidak banyak pun sedikit pun
jadilah. Sekurang-kurangnya kita cukup ketahui siapa mereka sebelum kita
ketahui. Jangan mudah lakukan andaian tapi carilah dari sumber yang boleh
dipercayai. Selagi kita tidak mengetahuinya selagi itulah kita akan gagal untuk
menyasarkan apa yang kita mahukan.
ii.
Hadkan pencarian
prospek yang ada
Menjaga masa adalah tindakan
terbaik. Dari kita lakukan pencarian sasaran pelanggan sehingga seratus orang
setiap hari, adalah lebih baik kita hanya menyasarkan lima hingga sepuluh orang
sahaja setiap hari. Lebih baik utamakan kualiti dari kuantiti. Sememangnya buat
permulaan sememangnya sukar tapi lama-kelamaan apabila telah menjadi tabiat dan
amalan segala yang sukar akan menjadi mudah dan dipermudahkan lagi.
iii.
Produk yang di
tawarkan biar bersesuaian
Nak sasarkan pelanggan pastikan
produk yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan apa yang dicari dan dimahukan.
Jangan main hentam sahaja apabila hendak menjual. Pastikan apa yang dijual kena
betul dengan apa yang di cari oleh mereka. Jangan salah tawaran dikhuatiri
nanti tak fasal-fasal kena maki pula dan membuang masa begitu sahaja. Kebiasaannya
pengalaman yang kita tempuhi akan lebih banyak mengajar kita memilih produk
yang betul pada pelanggan yang betul juga untuk menerimanya.
Jimatkan masa
yang ada. Jangan biarkan masa kita lebih banyak terbuang mencari sasaran
pelanggan yang ada dari melakukan jualan. Paling tidak pun kalau sasaran sukar
untuk ditemukan dapatkan referral dan pengenalan dari pelanggan-pelanggan
ataupun networking kita yang telah sedia ada. Keakraban kita dengan orang lain
dan pelanggan yang sedia ada amat dituntut agar semakin kita akrab bersama
mereka semakin mudah mendapat pelanggan-pelanggan baru dari mereka. Lakukan sebaik
mungkin dengan memastikan masa kita tidak mudah terbuang begitu sahaja dengan
mudah sama sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan