Tidak dinafikan dalam mendapatkan seorang
pelanggan pun bukannya satu tugasan yang mudah dan senang untuk di lakukan.
Tapi bila telah mendapatkan pelanggan yang dimahukan jangan sama sekali
difikirkan bahawa tugasan jualan telah pun berakhir walaupun secara hakikatnya
pelanggan tersebut telah pun menerima tawaran yang ditawarkan. Banyak lagi yang
harus difikirkan antaranya jualan berulang boleh dilakukan lagi di samping
memberikan tahap perkhidmatan yang tertinggi perlu diadakan.
Kekalkan kesetiaan mereka terhadap urusan
kita. Jangan dibiarkan begitu mudah kita akan kehilangan dirinya. Dahlah nak
mendapatkan mereka bukan satu tugasan yang mudah tiba-tiba sahaja boleh
terlepas begitu sahaja dengan mudah sama sekali. Adakah ini sebagai satu
matlamat utama kita apabila kita telah pun berjaya peroleh pelanggan yang kita
cari-carikan selama ini? Alangkah ruginya jika ini benar-benar terjadi dan
berlaku.
Lakukanlah yang terbaik kekalkan kesetiaan
pelanggan kepada kita walaupun apa pun yang berlaku. Berikan sahaja yang
terbaik dengan cara
i.
Elakkan dari gagal sering
bertanya khabar walaupun hanya memberikan salam. Sekurang-kurangnya beliau
mengetahui ada orang yang sering bertanya khabar terhadap dirinya
ii.
Sekali skala jangan kedekut
masa dan wang kita berikan sesuatu yang mengejutkan seperti ucapan selamat hari
lahir, genap setahun menjadi pelanggan kita, ulang tahun perkahwinannya dan
sebagainya. Berikan kejutan sudah pasti pelanggan tersebut amat menghargainya
dan akan ingat sampai bila-bila tindakan positif kita terhadapnya
iii.
Apa yang berlaku padanya
kita ketahui ambil berat padanya. Menyempurnakan ajakan menghadiri kenduri,
menziarahi ketika beliau di masukkan ke dalam wad ataupun bertanya khabar
ketika perjumpaan yang tidak disengajakan.
iv.
Jangan ambil kesempatan
tapi berkawan dengan sepenuh hati. Tidak kira apa perangai dan tabiatnya
bagaimana sekalipun tetap kena berikan kesungguhan untuk berkawan baik
dengannya. Niat yang ikhlas sudah pasti sesiapapun akan sudi untuk berkawan
dengan kita
v.
Jangan terlalu cerewet dan
memilih orang. Demi ikatan ukhuwah dan persaudaraan, silaturahim perlu
dijalinkan dengan penuh kesabaran. Lakukan sebaik mungkin.
Apa orang nak perkatakan biarkan saja.
Selagi kita ikhlas dan jujur kenapa perlu risau. Niat yang betul sudah pasti
tindakan juga betul. Kita bukan nak menjual dalam sehari dua sahaja tapi
perlukan kekuatan hati dan fikiran melakukan jualan bertahun-tahun lamanya.
Kalau seorang pun kita gagal untuk menjaganya sampai bila pun kita akan gagal
peroleh kesetiaan pelanggan terhadap kita. Kita yang memulakannya bermakna
sampai bila-bila pun kita perlu menjaganya sampai akhir hayat kita. Barulah
orang akan hormat dan setia kepada kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan