Terlalu
banyak restoran atau Kedai Makan yang berada di Kota Jakarta yang mana
majoritinya adalah halal dan meyakinkan. Paling enak dirasakan dengan selera
kesukaan dan kegemaran orang-orang Indonesia sendiri yang mungkin sukar untuk
diperoleh di Malaysia. Tak perlu susah hati bagaimana untuk mendapatkannya
kerana ia nya berada di mana-mana sahaja.
Kedai-kedai
makan yang menjadi tumpuan pelancong ada satu lagi tambahannya di mana sebelum
atau selepas makan pasti akan sibuk dengan berbelanja pula membeli
barangan-barangan cenderamata atau cenderahati untuk dibawa pulang. Terdapat
pelbagai pilihan yang boleh memikat hati dengan harga tawaran munasabah. Yang
penting kena bijak sedikit tawar menawar bagi mendapatkan harga yang terbaik. Tak mahu
baik buat tak tahu sahaja tapi bagi yang berminat sudah tentu berusaha sedaya
upaya bagi mendapatkan harga yang terbaik sesuai dengan bajet yang ada.
Gambar-gambar
yang disertakan ini adalah satu pengalaman berada di sana menunjukkan betapa hebatnya bagaimana urusan jual beli berlaku
setiap kali selesai jamuan makan dinikmati. Amat menghiburkan dengan pelbagai
ragam dan gelagat yang boleh di tonton sebagai satu kenangan manis berada di Kota Jakarta.
Bukan satu tugasan mudah untuk melakukannya walaupun terpaksa bersaing dengan penjual dan produk yang lain. Hanya ketabahan dan kecekalan sahaja yang mampu untuk mendorong kita melakukannya. Nak menjual tiada istilah untuk malu dan putus asa melakukannya. Asalkan tawaran yang diberikan dan ditawarkan boleh diterima orang itu sudah dikira amat baik untuk di lakukan. Penting agar situasi menang-menang boleh diwujudkan. Kita gembira yang membeli lagi gembira dengan apa yang dimahukan. Berikan yang terbaik agar keputusan akhir juga berakhir dengan yang terbaik.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan