Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 20 Februari 2014

PERANCANGAN DAN TINDAKAN




Sememangnya akan terdapat pelbagai bentuk pancaroba dan cabaran yang perlu dihadapi tatkala dalam melakukan jualan. Semuanya nak jalan mudah sehingga sanggup diri kita hanya berserah kepada nasib dan takdir sahaja. Segala perancangan bukan main lagi disusun atur bagi memastikan agar apa juga yang dirancang pasti berjaya untuk diperoleh. Malangnya setiap perancangan yang dilakukan dari awal lagi langsung tiada upaya untuk mencapai kejayaan. Semuanya musnah begitu sahaja. Penuh dengan angan-angan dan impian yang manis-manis sahaja. Penyebab utama kenapa perancangan yang baik boleh gagal begitu sahaja hanyalah kerana disebabkan tindakan yang dilakukan tidak selari dengan perancangan yang dibuat.

Semuanya menjadi hambar dan gagal begitu sahaja. Berikanlah yang terbaik bagaimana sekalipun namun apa yang berlaku hanyalah tapak kegagalan sahaja yang ditemui. Alangkah malangnya jika berlaku seperti begini. Seolah-olah langsung kita tidak tahu bagaimana untuk melakukan dan menguruskannya pula. Umpama sebuah kereta yang canggih namun langsung tidak diketahui bagaimana untuk memandunya walaupun terdapat buku tatacara untuk mengendalinya. Kedua-duanya kena seiring dan sama pergerakannya. Dua masalah yang perlu dielakkan ketika melakukan jualan adalah

i.             Bertindak tanpa berfikir dahulu

ii.           Memikirkan sahaja tapi tiada tindakan langsung dilakukan

Berfikir sebaik-baiknya. Jangan bertindak tanpa berfikir atau berfikir sahaja namun tindakan langsung tiada. Elakkan kita berada di alam mimpi setiap hari. Jangan biarkan fantasi menguasai realiti. Kita hidup di dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini perlu menghadapinya secara bersungguh-sungguh demi mencapai bukan setakat kejayaan di dunia tetapi di akhirat sama. Jangan sama sekali hanya pandai berkata-kata tapi tindakan langsung tidak ke mana. Berikan tindakan yang terbaik selari dengan segala perancangan yang dilakukan. 

Kita bukannya Pak Jenin yang sentiasa memikirkan yang hebat-hebat sahaja. Cukuplah Pak Jenin sahaja yang melakukan perkara tersebut dan bukannya kita. Lakukanlah perancangan yang memastikan setiap tindakan kita adalah selari dengan perancangan. Fikirkan dahulu keupayaan kita dalam melakukan tugasan sama ada mampu ataupun tidak. Jangan sama sekali syok sendiri tapi berikan yang realiti untuk kita capai dengan semaksimum yang termampu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan