Salah satu alat untuk menarik minat dan perhatian bakal pembeli atau
pelanggan yang ditemui adalah melalui testimoni. Testimoni memang banyak
dipergunakan dalam jualan terutamanya bagi perniagaan MLM ataupun penjualan produk-produk
kesihatan dan kecantikan. Segala pengalaman-pengalaman pengguna yang cukup
berpuas hati pasti akan dipaparkan dalam testimoni yang diberikan agar
produk-produk yang ditawarkan benar-benar berkesan dan berbaloi untuk dimiliki.
Terdapat banyak testimoni-testimoni yang berada di pasaran buat masa kini
tiada siapa pun yang boleh mengesahkan kesahihannya sama ada betul ataupun
tidak. Semuanya bergantung kepada syarikat pengeluar bagaimana untuk
memanipulasikan segala informasi dan maklumat yang diberikan dapat menarik
perhatian seseorang memberi penilaian sebelum melakukan keputusan untuk
menerimanya ataupun tidak. Sememangnya ia mampu memberikan pengaruh dan daya tarikan
yang besar kepada pembacanya. Tidak dinafikan sama sekali.
Pergunakan sebaik mungkin testimoni yang boleh di pergunakan. Hanya dengan
testimoni pengalaman seseorang itu sudah cukup dan mampu untuk mempengaruhi
mereka yang berada di luar sana. Antara ciri-ciri testimoni yang baik dan
berkesan adalah dengan cara
i.
Sentiasa berikan maklumat terkini apa yang telah berlaku dan
terjadi tentang yang
positif berkaitan dengan produk yang telah dipergunakan. Kebiasaannya nama
pengguna, no untuk dihubungi dan alamat pengguna sudah pasti di letakkan
bersama dalam testimoni tersebut
ii.
Kredibiliti pengakuan seseorang yang boleh dipercayai akan lebih banyak
membantu memudahkan lagi tawaran yang dilakukan. Pemilihan dan penyusunan penceritaan perlu diolah sebaik mungkin bagi menarik
minat seseorang untuk lebih mempercayai dan meyakinkan mereka apabila membaca dan
melihatnya.
iii.
Penghargaan seseorang akan produk yang digunakan pasti akan
memberikan impak yang positif pada produk yang ditawarkan. Dapatkan penghargaan
yang ikhlas dan bukan dipaksa-paksa untuk berikan penghargaan kepada produk yang
ditawarkan.
iv.
Kehebatan produk perlu ditunjuk dan ditonjolkan. Biar mereka tahu apa yang kita tawarkan
supaya lebih mudah untuk kita lakukan jualan.
v.
Biar ringkas, jelas dan mudah di fahami. Elakkan dari panjang berjela dengan perkataan-perkataan yang agak
membosankan. Per mudahkan dan ringkaskan mana yang patut agar memberikan kesan dan
impak yang baik untuk mudah difahami dan diketahui.
Berikan testimoni tidak kira dalam apa bentuk sekalipun berdasarkan dalam
bentuk teks, audio ataupun video. Tarikan minat mereka untuk mudah mempercayai
dan memberikan keyakinan kepada mereka amat diperlukan. Kreativiti dan paparan yang
menarik akan lebih mudah untuk mereka memberi tumpuan sewajarnya. Jangan mudah
kita syok sendiri merasakan testimoni kita adalah yang terbaik dan mudah diterima.
Selagi tiada maklum balas yang positif kita terima selagi itulah kita perlukan
penambah baikkan testimoni yang ada. Sentiasa tawarkan yang terbaik segala maklumat
yang ada bagi memastikan dan memudahkan lagi kita melakukan jualan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan