Perlu kah kita menjual kita memberikan dua harga yang boleh menyebabkan kekeliruan
dan ketidakpuasan hati pelanggan atas produk yang kita tawarkan? Di pamerkan dengan
harga yang lain apabila tawaran diterima harga lain pula yang diberikan. Ini lah
yang berlaku pada seorang pembeli yang merasakan telah dianiaya oleh penjual yang
dimaksudkan.
Boleh rujuk di Akhbar Sinar Harian bertarikh 20hb Februari 2014
Lakukan dengan sebaik yang mungkin jangan ada penganiayaan yang berlaku dan
terjadi. Bakal pembeli atau pelanggan sudah tentu merasa kecewa dan tidak puas hati
dengan apa yang berlaku dan terjadi. Kepercayaan mereka pasti beransur-ansur akan
hilang pada kredibiliti kita yang menjual. Sudah pasti hebahan mulut yang negatif
akan berlaku dan terjadi yang boleh mengakibatkan jualan kita boleh merudum jatuh
begitu sahaja.
Walaupun kadang-kadang bukan harga yang di cari tetapi kualiti produk itu yang
diutamakan tetapi jangan kita lupakan bahawa harga memainkan peranan yang penting
juga memberikan tarikan untuk menerimanya ataupun tidak. Amat penting bagi kita
yang menjual memastikan paparan harga yang ditawarkan perlu sama semasa pembayaran
mahu dilakukan. Jangan kerana hendak mendapatkan keuntungan yang tinggi dan banyak
hanya sekali itu sahajalah kita mampu untuk menerimanya pula. Berhati-hatilah kerana
mulut bakal pembeli atau pelanggan kita tidak mampu untuk menutupnya dan pasti boleh
mencacat kan pula jualan dan perniagaan yang kita usahakan.
Firman Allah SWT maksudnya: "Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat tanpa
kesalahan yang mereka per buat, maka sesungguhnya mereka telah memikul
kebohongan dan dosa yang nyata". (Surah al Ahzab Ayat 58).
Dari Abu Hurairah ra, Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang merasa pernah berbuat kesalahan
terhadap seseorang, sama ada berupa kehormatan atau harta atau lain-lainnya,
hendaknya segera meminta halal (maaf) dari orang itu, sebelum tiba hari yang
tiada lagi harta, dinar atau dirham, jika dia punya amal soleh (pahala), maka
akan diambil darinya untuk menebus kesalahannya, jika dia tidak mempunyai
pahala kebaikan, maka akan diambilkan dosa orang itu untuk ditanggungkan
kepadanya." (Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan