Keseronokan dalam melakukan jualan sememangnya dinanti dan dicari-cari oleh
seseorang. Tidak dinafikan bila keseronokan wujud sudah pasti produktiviti dan
cara kita bertugas melakukan jualan pasti meningkat sama. Langsung tiada merasa
gerun, risau, takut, gentar dan gelisah boleh terjadi. Tidak kiralah walaupun
apa juga cabaran, rintangan, masalah dan dugaan yang menimpa semuanya pasti
boleh dihadapi dengan tenang, tabah dan sabar.
Hebatnya kalau kita melakukan jualan dalam keadaan yang menyeronokkan. Hati
mudah gembira dan seronok. Segala nya dihadapi dalam keadaan yang cukup bersemangat
dan bermotivasi dengan sendirinya. Antara kesan yang boleh diperoleh apabila keseronokan
ini timbul adalah
i.
Melakukan jualan dengan bersungguh-sungguh
dan gigih
ii.
Mudah mendapat pelanggan
iii.
Kepercayaan seseorang mudah terbina
iv.
Yakin dalam melakukan tugasan
v.
Berasa cukup bertanggung jawab
vi.
Apa pun yang terjadi dan berlaku sanggup
melakukannya
vii.
Terhindar dari sikap dan sifat dengki
mendengki dan berdendam
viii. Lebih banyak
bantuan dan pertolongan boleh dan mahu dihulurkan
ix.
Sibuk mencari ilmu pengetahuan dan
penambahan kemahiran menjual
x.
Setiap pengalaman yang ditempuhi amat
dihargai
xi.
Mudah mendapat penghargaan dan pujian
xii.
Segala masalah yang timbul akan dianggap
sebagai satu cabaran
Banyak kelebihannya kalau kita menjadikan keseronokan dalam melakukan
jualan sebagai satu sumber motivasi dan inspirasi buat diri kita sendiri.
Jangan difikirkan orang lain. Fikirkan apa kah tindakan terbaik bagi
mendapatkan keseronokan kita kekal berpanjangan melakukannya. Elakkan dari
bersedih hati dan mudah berasa kecewa. Positif kan diri kita agar ketika
melakukan jualan kita tahu bagaimana mencari keseronokan dan menggembirakan
hari kita sendiri. Kita seronok orang lain juga akan seronok melihat keseronokan
kita melakukan jualan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan