Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 7 Februari 2014

KENAPA PERLU BOROS





Bila hidup dah mula senang dan mewah awasilah sentiasa agar sikap dan sifat boros dan suka berbelanja ke arah yang bukan keperluan dan tidak mematuhi syariah perlu dielakkan sama sekali.  Bukan untuk berdengki atau bebusuk hati tapi sekadar memberi peringatan sesama kita agar setiap wang yang di peroleh berbelanjalah dengan sebaik yang mungkin. Ingat akan masa depan kita, di waktu kecemasan ataupun membeli aset apa yang kita idamkan selama ini. Semuanya perlu dibelanjakan dengan penuh hikmah dengan kesedaran yang tinggi walaupun mungkin pada tanggapan kita memerlukan sedikit perbelanjaan bagi merayakan keupayaan diri kita mencapai kejayaan dalam melakukan jualan.

Yang pasti jangan mudah boros dalam berbelanja. Ingatkan apa yang telah Allah perkatakan seperti berikut :

Firman Allah bermaksud ‘dan berikanlah kepada kerabat mu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah Engkau membelanjakan harta mu Dengan boros Yang melampau’ (Surah Al-Israk Ayat 26)

Firman Allah bermaksud ‘Sesungguhnya orang-orang Yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya’ (Surah Al-Israk Ayat 27)

Firman Allah bermaksud ‘dan jika Engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhan mu Yang Engkau harapkan, maka Katakanlah kepada mereka kata-kata Yang menyenangkan hati’ (Surah Al-Israk Ayat 28). 

Lakukanlah sebaik mungkin segala wang ganjaran, perolehan dan pendapatan yang di peroleh hasil dari wang keuntungan dan komisen yang di peroleh dalam aktiviti jualan yang kita lakukan. Setiap apa yang kita belanjakan Allah tahu apa yang kita keluarkan. Tidak sama sekali Allah tidak mengetahuinya. Lakukan lebih banyak ke arah yang lebih baik segala kurniaan rezeki yang di peroleh. Per banyakkan lagi aktiviti bersedekah, membayar zakat dan membantu kepada siapa pun juga memerlukan ke arah kebajikan sebagai satu bentuk simpanan saham kita di akhirat nanti. Sebagaimana Firman Allah bermaksud

Wahai orang-orang Yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan Nya dan meninggalkan larangan Nya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa Yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). dan (sekali lagi diingatkan): bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan’ (Surah Al-Hasyr Ayat 18)

Satu lagi tindakan terbaik adalah sentiasa beringat untuk menabung semaksimum yang termampu. Menabunglah demi kegunaan masa depan atau untuk kecemasan kita sendiri. Jangan jadikan diri hamba kepada hawa nafsu tapi jadikan diri kita sentiasa mengikut apa yang syariah mahukan. Bukan nak suruh kedekut atau berzuhud tetapi menjadikan diri kita menjadi seorang yang cukup berwaspada mengambil tindakan yang berhati-hati dengan wang ringgit yang ada di dunia ini. 

Sabda Rasulullah ‘Simpanlah sebahagian dari harta kamu untuk kebaikan masa depan kamu kerana itu jauh lebih baik bagi mu’ (Hadis Riwayat Ahmad).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan